SERAMAI 11 individu dikompaun dengan nilai keseluruhan RM60,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul di sebuah rumah tumpangan di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kesemua mereka dikompaun selepas polis menjalankan pemeriksaan di rumah itu kira-kira pukul 2 pagi, Jumaat 14 Mei 2021.

Beliau berkata turut dikompaun sebanyak RM20,000 ialah pemilik premis tersebut berusia 40 tahun kerana gagal mengawal kemasukan pelanggan di dalam premis sehingga menyebabkan kesesakan.

“Selain itu, kompaun sebanyak RM4,000 masing-masing dikenakan kepada 10 pelanggan lelaki berusia 20 hingga 40 tahun kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia pada Jumaat, 14 Mei 2021.

Menurut Noorzainy, secara keseluruhan pihaknya mengeluarkan sebanyak 18 kompaun ke atas orang ramai yang didapati gagal mematuhi SOP PKP 3.0.

Selain itu katanya, dua lelaki berusia 61 dan 66 tahun turut ditahan di sekatan jalan raya Sungai Nyior, Butterworth kerana cuba merentas negeri dari Sungai Petani, Kedah tanpa surat kebenaran.

Katanya, lima lelaki berusia 23 hingga 35 tahun yang berkumpul di tempat awam di Bagan Ajam, Butterworth tanpa mengamalkan penjarakan fizikal turut dikompaun. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

SERAMAI 11 individu dikompaun sebanyak RM60,000 selepas didapati berkumpul di sebuah rumah tumpangan bagi menyambut hari raya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Kredit utusanonline.com

4
0
1
1
4

Copy Link: