Ekoran sambutan hangat yang diterima pada acara larian “Guardian Fun Run 2022’ tahun lalu, Guardian Malaysia sekali lagi meneruskan komitmennya untuk membantu pelanggannya hidup bijak dan sihat melalui acara sama tahun ini.

Guardian Fun Run 2023 untuk edisi keduanya bakal diadakan pada 23 September 2023 di MAEPS Serdang dengan melibatkan empat kategori larian meliputi:

Kategori 1 3KM Family Run - Kanak-Kanak (5 - 12 Tahun sahaja)

Kategori 2 3KM Family Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 3 5KM Fun Run - Terbuka (13 Tahun & ke atas)

Kategori 4 5KM Larian Maya (membolehkan peserta yang berada d luar Lembah Klang untuk turut serta)



“Guardian Fun Run tahun lalu (2022) istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek. 

"Menyaksikan mereka berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini,” ujar Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd pada majlis pelancaran ‘Guardian Fun Run 2023’ di pekarangan luar My Town Shopping Mall, pada Selasa, 30 Mei 2023.



Menurut Teo (gambar atas). Fun Run tahun ini (2023) menjanjikan kemeriahan yang lebih besar dan lebih hebat berbanding larian tahun lalu.

“Larian tahun lalu merupakan pembuka mata kepada kami apabila MAEPS bertukar menjadi Lautan Jingga baju-T Guardian dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat,” kenang Teo sambil berpendapat larian tahun lalu cukup istimewa kerana ia memberi semangat kepada keluarga untuk turut serta dan berlari, termasuk ramai kanak-kanak, ibu, bapa malah datuk dan nenek.

Berkongsi lanjut, Teo  membertahu, Guardian Fun Run terbuka kepada pelari dari segenap peringkat kecergasan, jadi sama ada anda seorang pelari tegar, atau baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, ini adalah peluang yang baik untuk bersenam dalam persekitaran yang menyeronokkan dan bersemangat.  

“Menyaksikan peserta berlari bersama-sama untuk kekal sihat, menjadikan kami lebih berbangga dan teruja untuk menganjurkan acara ini dan inilah sebabnya kami mengadakannya lagi tahun ini,” tambah beliau.



Seperti namanya, Guardian Fun Run akan dimeriahkan dengan acara menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk kanak-kanak kerana ia menjanjikan laluan yang indah, suasana seperti karnival, permainan, persembahan hiburan, pensampelan produk kesihatan dan kecantikan disamping pelbagai trak makanan.

Pendaftaran kini dibuka dan diskaun awal diberikan kepada mereka yang mendaftar awal sebelum 11 Jun 2023.

"Sebagai alternatif, anda juga boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR Guardian Fun Run di semua platform media sosial Guardian, lama web, dan stor dalam talian, atau muat turun aplikasi digital ‘HeyJom’ pada Apple App atau Google Play untuk mendaftar.



Dengan yuran penyertaan yang sangat berpatutan, ap tah lagi setiap peserta berdaftar pada harga maksimum RM60 untuk pelari dewasa, diberi pula bag hadiah berisi produk bernilai RM150 pada hari larian.

Memang berbaloi kan? Malah selain itu terdapat Hadiah Cabutan Bertuah bernilai RM10,000 untuk dimenangi oleh  peserta, berupa baucar membeli-belah bernilai RM2,500 untuk setahun sebagai Hadiah Utama dan hadiah untuk Peraduan Kostum Terbaik. 

“Jadi jangan lupa hadirkan diri pada acara ini dengan berpakaian paling kreatif berserta baju-T Fun Run bagi merebut peluang untuk memenangi baucar Guardian dan hamper,”  Teo mengingatkan.

Berharap agar ramai rakyat Malaysia dan keluarga mereka yang prihatin dengan kesihatan akan mengambil bahagian dalam Guardian Fun Run 2023, Teo berkata, “Bawa seisi keluarga anda dan ciptalah pengalaman menggembirakan dan penuh bermakna di acara ini. Jumpa anda di sana September ini.”


Antara bloggers dan pempengaruh yang tampil mencuba gerak tari DanceOn.


Apakah anda sudah rasa teruja untuk sertai acara Guardian Fun Run tahun ini jika terlepas untuk sertainya tahun lalu?

Jika sudah dan berhajat untuk ikuti larian tahun ini apa kata jangan buang masa lagi, daftar awal memandangkan pendaftaran ditutup pada 31 Julai 2023 ini. Jangan tunggu lama-lama nanti terlepas pandang lagi.

Bagi yang dah lama tak lari jangan risau, melalui kempen Live Smart & Healthy Guardian yang dilancarkan pada bulan Mei 2023 lalu telah memperkenal pelbagai produk kesihatan baharu berdasarkan keperluan pelanggan, trend terkini di samping produk kesihatan terbaik dari seluruh dunia yang ada di pasaran.


Rutin Senaman DanceOn turut diperkenal untuk menghangatkan acara.


Sehubungan itu juga, untuk menghangatkan lagi acara larian, para peserta akan dijemput untuk menyertai Rutin Senaman DanceOn istimewa sebagai acara memanaskan badan sebelum memulakan larian pada hari itu nanti. 

Senam tari ini merupakan sejenis senaman menggunakan teknik tarian untuk meningkatkan kecergasan, menjadikan senaman lebih menyeronokkan untuk semua.

“Dan untuk membantu pelari membuat persediaan untuk Fun Run kali ini, kami juga akan mengadakan bengkel Masterclass Fitness yang dikendalikan oleh Jurulatih Antarabangsa, Gillian Benjamin pada bulan August (2023), yang mana butirannya akan diumumkan kemudian,” akhiri Teo. 

Untuk butiran lanjut tentang Fun Run boleh didapati di https://www.heyjom.com/events/359 atau laman sosial seperti di Facebook: @Guardianmy; Instagram: @Guardianmy: YouTube: @Guardian MY; Telegram: @GuardianMY

Dah sedia semua, jom berlatih berlari!  Yang penting bukan ‘medal’ yang dikejar tetapi hidup sihat keluarga bahagia! Tak gitu? - KitaReporters


Media, bloggers dan pempengaruh yang hadir bergambar kenangan,

8
6
0
14
0

Copy Link: