Gelaran penyanyi legenda bagi Datuk Muhammad  Daud Kilau tidak dapat disangkal. Bintang seni yang  berusia 84  tahun pada 10 Julai 2022, sudah lebih 50 tahun terbabit dalam bidang seni sejak 1968, ratusan lagu telah dirakam dan punya identiti tersendiri ketika mengadakan persembahan dan cara berpakaian.

M Daud Kilau yang mula terlibat secara aktif dalam bidang nyanyian setelah menjuarai Bintang Radio di Radio Singapura dan mula merakam lagu dengan lagu 'Anak Yang Pertama' pada 1972 dikenali dari generasi lama hingga generasi baru.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan legenda M Daud Kilau

Pertemuan dua sahabat lama, DJ Dave dan M Daud Kilau

Kini dalam kesihatan kurang mengizinkan dan usianya semakin senja, Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air Malaysia (YKAT) ingin memberi penghargaan dengan cara tersendiri. 

Menurut presidennya, Datuk DJ Dave, YKAT akan menganjurkan pertandingan ‘Tiru Gaya M Daud Kilau’

Pertandingan ini terbuka seluruh negara dan 10 peserta akan memasuki peringkat akhir. Penyertaan akan dibuka tidak lama lagi.

DJ Dave yakin pertandingan ini akan mendapat sambutan di mana ramai peminat seni mengetahui Daud Kilau dan ingin cuba meniru cara nyanyiannya dan cara berfesyennya.

Ahli lembaga pengelola YKAT dan petugas media yang mengadakan kunjungan kepada M Daud Kilau  Jun 2022.


DJ Dave sebelum ini bercadang membuat rakaman TV bagi program ‘In Person DJ Dave’ di TV1 di rumah Daud Kilau di Bagan Datoh, Perak. Tetapi sayangnya rakaman unruk musim kedua baru berakhir menyebabkan rancangan itu terbantut.

Namun kemudian timbul rancangan untuk mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya M Daud Kilau'. Hasil perbincangan dengan ahli pengelola YKAT, pertandingan ‘Tiru Gaya Artis’ ini akan dijadikan acara berterusan.

Datuk Daud Kilau menjadi bintang seni pertama diberi penghormatan. Beberapa artis veteran lain akan menyusul menerima penghormatan sedemikian.

Hendak sertai pertandingan 'Tiru Gaya M Daud Kilau'?

Jika keadaan kesihatan Daud Kilau stabil, dia akan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Malah dia sendiri akan menjadi salah seorang juri.

Banyak pertandingan tiru cara nyanyian dilakukan untuk menghargai bintang yang sudah meninggal dunia seperti Tan Sri P Ramlee. Dan di beberapa negara, mereka mampu dianjurkan pertandingan nyanyian untuk bintang legenda yang masih hidup seperti Tom Jones. 

DJ Dave dan Daud Kilau adalah rakan seni lama sejak tahun 70-an. DJ Dave atau nama sebenarnya  Dhammi Jagjit Sukhdev  dan nama Islamnya Irwan Shah sudah berusia 74 tahun tetapi masih sihat dan aktif.  

Pada 28 Jun 2022 lalu, DJ Dave dan beberapa ahli Lembaga pengelola YKAT serta sejumlah petugas media mengadakan kunjungan ke atas Daud Kilau di rumahnya di Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak. - KitaReporters

13
16
0
18
0

Copy Link: