SUSPEK lelaki berusia 20 tahun (kiri) yang memberikan anaknya berusia 5 bulan minum arak di dalam tin direman lima hari Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang. - Kredit foto: Utusan Malaysia


LELAKI yang ditahan selepas dipercayai memberi anaknya yang hanya berusia lima bulan minum arak di sebuah rumah flat di Teluk Bahang, Pulau Pinang ditahan reman lima hari bermula hari ini, Rabu sehingga Ahad, 27 Jun 2021.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Majistret Khalijah Mohd. Khalid di Mahkamah Majistret Balik Pulau.

Suspek yang memakai baju-T berwarna hitam dan berseluar jeans itu dibawa ke mahkamah berkenaan dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Tempoh reman bermula hari ini dan polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berlaku,” katanya seperti dipetik oleh Utusan Malaysia pada Rabu, 23 Jun 2021.

Semalam (22 Jun 2021), polis membuat tangkapan ke atas suspek selepas menerima laporan berhubung penyebaran video yang memaparkan tindakan lelaki itu dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak daripada bekas di dalam tin. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

6
2
3
2
7

Copy Link: