Video| Perkahwinan mewah bangat! Hantaran rumah, kereta, motosikal, wang tunai dan barangan mahal!

Published by
KitaReporters


Daerah Pati, Jawa Tengah terkenal dengan cara perkahwinan tersendiri dan unik. Dan terbaharu ialah hantaran mewah.  

Ia berupa sebuah kereta, motosikal, geran rumah dan geran sejumlah rumah sewa. Selain itu sekepok wang tunai dikepil kemas dalam kotak serta puluhan barangan keperluan diri yang bersifat mewah. 

Sebuah lori kontena turut diguna membawa sejumlah barangan hantaran. Antaranya meja hias, almari pakaian juga sejumlah peralatan dapur seperti peti ais dan barangan kemas.

Sementara kereta diberi perhiasan rapi dengan diberi tanda harga Rp100 juta (kira-kira RM300 ribu.) 


Majlis hantaran ini tular setelah perancang perkahwinan Asmaradana.wo memuat naik video berdurasi 1.19 minit majlis itu dalam TikToknya.

Media Wolipop pula tidak menyatakan nama pasangan pengantin dan bila majlis berlangsung.



Namun berdasar video itu, majlis berlangsung di sebuah dewan mewah dan pengantin lelaki adalah golongan berada.

Demi cinta sejati, lelaki itu sanggup berhabis ratusan ribu ringgit untuk menyediakan barang berharga untuk pujaan hati.

Puluhan lelaki dan wanita jadi pembawa barang hantaran. - KitaReporters

12
8
0
14
0

Copy Link: