MUSIM tengkujuh yang belum reda di negeri Terengganu tidak menghalang pihak tertentu menganjurkan pelbagai program bagi memeriahkan suasana musim tersebut mengikut kesesuaian keadaan setempat. Tidak ketinggalan ialah Kampung Tok Has, dekat Jertih, Terengganu. : KitaReporters


Wanita warga emas turut memeriahkan program pertandingan memancing anjuran Pemuda UMNO Kampung Tok Has, Jertih.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan memancing:

https://kitareporters.com/search?search=memancing


Penduduk Kampung Tok Has, dekat Jertih, Terengganu memanfaatkan keadaan tengkujuh yang datang pada setiap hujung tahun dengan menyertai aktiviti memancing ikan di sawah atau tali air di kampung tersebut.

Ini kerana kebanyakan parit di kampung tersebut yang digenai air hujan menyebabkan banyak terdapat ikan darat di kawasan yang berair.


Sebahagian peserta kanak-kanak yang menyertai pertandingan memancing ikan darat


Peluang tersebut digunakan oleh Pemuda UMNO Kampung tersebut dengan kerjasama Pemuda DUN Kuala Besut untuk menganjurkan program memancing ikan darat sebagai sebahagian aktiviti riadah selain dapat merapatkan hubungan antara penduduk.

Program sepetang  yang berlangsung di kampung tersebut tidak sia-sia apabila lebih 50 peminat pemancing menyertai pertandingan berkenaan.


Wan Najmuddin Wan Mohd Yusof


Pengerusi penganjur Wan Najmuddin Wan Mohd Yusof berkata, program itu amat menarik apabila ia bukan sahaja disertai orang dewasa malah golongan belia, kanak-kanak sekolah dan warga emas turut mengambil bahagian.


Suasana meriah penduduk kampung yang menyertai pertandingan memancing ikan darat di Kampung Tok Has, Jertih


Katanya, penganjur amat beruntung kerana penajaan hadiah bagi menjayakan program tersebut mendapat sokongan Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

“Alhamdulillah program ini dapat dijalankan dengan lancar dan penganjur turut mengawasi peserta bagi mengelak keadaan tidak diingini berlaku kerana ia membabitkan keadaan tali air yang dalam,” katanya.


ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menyampaikan hadiah kepada peserta.


Wan Najmuddin berkata, apa yang menarik penduduk kampung daripada pelbagai lapisan usia turut memberi sokongan bagi memeriahkan program berkenaan.

Beliau berkata, penganjur turut menyediakan beberapa hadiah berdasarkan kategori yang ditetpkan termasuk ikan paling besar, paling kecil dan paling banyak diperolehi pemancing.


Tengku Zaihan menyampaikan beg sekolah kepada seorang perserta cilik


“Kejayaan penganjuran program itu mendorong pihaknya untuk menganjurkan lagi program serupa pada masa akan datang,” katanya.

Tengku Zaihan yang turut hadir menyaksikan program tersebut kemudian menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan itu. - KitaReporters

14
3
0
1
0

Copy Link: