Video| Budak 9 tahun lakukan korban! Yang dah dewasa macam mana? Simpan setahun untuk beli kambing!
Published bySebaliknya ada golongan kurang berkemampuan dari segi kewangan tetap melakukan ibadah korban dengan membuat simpanan sedikit demi sedikit kerana tahu fadilat berkorban.

Dan pada Aidiladha 2026, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun bernama Mirza Ukail Arfia melakukan ibadah korban hasil duIt simpanannya dan kisahnya kini tular di Indonesia.
Mirza dari Dusun Manggisan, Desa Burneh, Kecamatan Burneh, Kabupaten Bangkalan, Madura, Jawa Timur adalah pelajar tahun 3 sebuah sekolah rendah di Bangkalan.
Dia berjaya menyimpan wang belanja sekolah pada sebelah paginya dan sekolah agama pada sebelah petang antara Rp5 ribu (11 sen) hingga Rp10 ribu (22 sen) sehari. Dan ia disimpan dalam satu tabung dan dipecah untuk membeli kambig korban.
Mirza menyimpan keinginan untuk melakukan ibadah korban sejak setahun lalu setelah menyaksikan sejumlah ibadah korban dijalankan dan tahu akan fadilat berkorban.

Setelah mempunyai wang Rp1 juta (RM222), Mirza sendiri pergi ke beberapa tempat ternakan kambing bersama bapa dan bapa saudaranya.
Mirza hampa apabila mengetahui harga kambing korban paling murah ialah Rp1.2 juta (RM264).
Tetapi si bapa tidak mahu menghampakan niat anaknya, telah menambah wangnya sebanyak Rp200 ribu. Lalu seekor kambing korban berwarna putih bertompok cokrlat muda berjaya dibawa pulang.
Mirza memandikan kambing itu setiap hari dan diberi makan secukupnya sebelum dikorban pada hari pertama Aidiladha.

Mirza Ukail Arfia (dua dari kiri) memilih kambing berwarna putih bertompok cokelat untuk dijadikan korban.
Langkah yang diambil oleh kanak-kanak ini boleh menjadi inspirasi kanak-kanak lain untuk melakukan ibadah korban dengan mengumpul wang sedikit demi sedikit.
Pada tahun 2019, Indonesia dikejutkan apabila tujuh remaja lelaki berusia 11 hingga 18 tahun di Bogor, Jawa Barat berkongsi membeli seekor sapi bernilai Rp19.5 juta untuk dibuat korban pada Aidiladha 1440H (Ogos 2019).
Mereka menyimpan duit Rp5 ribu ke Rp10 ribu setiap hari selama 10 bulan. Ia ditambah dengan bayaran kegiatan merawis mereka.
Ketujuh-tujuh mereka berasal dari Kampung Ardio, Bogor, Jawa Barat, dengan usia antara 11 hingga 18 tahun. - KitaReporters

