SETIAP individu yang hidup di muka bumi pasti mempunyai impian untuk menjadi kaya, namun tidak semua mampu merealisasikan impian berkenaan.

Malah kehadiran 'tetamu tidak diundang' COVID-19 membuatkan lebih ramai menderita bukan sahaja terpaksa berkurung di rumah dalam tempoh yang lama tetapi juga menyebabkan ada yang hilang punca pendapatan sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bilionair


ELON MUSK 


Biarpun begitu ada pula yang mampu menggandakan kekayaan pada saat orang lain sedang berjuang meneruskan kehidupan ke arah yang  lebih sempurna pada saat dunia sedang bergolak.

Antaranya, 10 lelaki terkaya di dunia ini berjaya menggandakan kekayaan mereka selama dua tahun pertama pandemik COVID-19 ketika kemiskinan dan ketidaksamaan meningkat.

Menerusi taklimat yang diterbitkan sebelum sidang kemuncak mini pemimpin dunia secara maya sempena Forum Ekonomi Dunia, Oxfam berkata, kekayaan individu berkenaan melonjak dari AS$700 bilion (RM2.92 trilion) kepada AS$1.5 trilion (RM6.27 trilion) pada kadar purata AS$1.3 bilion (RM5.43 bilion) sehari.


MARK ZUCKERBERG


Oxfam, konfederasi badan amal yang memberi tumpuan bagi mengurangkan kemiskinan global berkata kekayaan bilionair memuncak sekali gus menjadi lebih banyak ketika pandemik berbanding 14 tahun sebelumnya, ketika ekonomi dunia mengalami kemelesetan terburuk sejak Wall Street Crash pada 1929.

Ia menyifatkan ketidaksamaan itu sebagai 'keganasan ekonomi', selain menyumbang kepada kematian 21,000 orang setiap hari berikutan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, keganasan berasaskan jantina, kebuluran dan perubahan iklim.

Badan amal itu berkata, pandemik menyebabkan 160 juta orang menjadi miskin dengan etnik minoriti bukan kulit putih dan wanita menanggung kesan susulan lonjakan ketidaksamaan.


LARRY PAGE


Laporan itu susulan kajian kumpulan berkenaan pada Disember lalu yang mendapati saham kekayaan global individu terkaya dunia melonjak pada kadar rekod ketika pandemik.

Sehubungan itu Oxfam menggesa pembaharuan cukai dilaksanakan untuk membiayai pengeluaran vaksin di seluruh dunia serta penjagaan kesihatan, penyesuaian iklim dan pengurangan keganasan berasaskan jantina bagi membantu menyelamatkan nyawa.


WARREN BUFFET


Berdasarkan pengiraan kekayaan pada sumber data paling terkini dan komprehensif yang tersedia serta menggunakan Senarai Bilionair 2021 disusun majalah perniagaan AS, Forbes.

Forbes menyenaraikan 10 orang terkaya di dunia iaitu: 

  1. Ketua Tesla dan SpaceX , Elon Musk
  2. Jeff Bezos dari Amazon; 
  3. Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin
  4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg
  5. bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Bill Gates dan Steve Ballmer
  6. bekas CEO Oracle, Larry Ellison
  7. pelabur AS, Warren Buffet; serta 
  8. Ketua Kumpulan LVMH, Bernard Arnault. - KitaReporterskkkay

15
12
0
15
0

Copy Link: