Lindungi pakaian kebangsaan! Oman kenakan denda 1,000 rial! Individu ubah identiti dishdasha!

Published by
KitaReporters


KALAU di Malaysia baju kebangsaan semestinya baju Melayu dan songkok bagi kaum Adam manakala untuk wanita pula mempunyai dua pilihan bajur kurung atau kebaya.

Menggayakan pakaian ini semestinya menjadi kebanggaan yang melambangkan negara kita.

Begitu juga negara lain di dunia ini memiliki baju kebangsaan masing-masing.

Menggayakan pakaian kebangsaan pada majlis rasmi pasti mejadikan diri kita sebagai duta kecil kepada negara, sekali gus melambangkan identi negara.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warisan negara



Di Oman, baju kebangsaan mereka yang menyerupai  jubah atau dipanggil dishdasha.

Terbaharu, demi memelihara warisan pakaian kebangsaan, kerajaan kesultanan Oman itu  memutuskan untuk mendenda individu yang tidak memakai dishdasha atau cubaan untuk mengubah identiti pakaian kebangsaan negara tersebut.

Langkah berkenaan dibuat  selepas keputusan kerajaan pada awal bulan ini untuk mengekalkan warisan Oman.

Lebih mengejutkan langkah tegas dibuat oleh kerajaan dengan mengeluarkan mendenda ribuan rial untuk lelaki yang  memakai 'dishdasha' tiruan.

"Dishdasha', jubah panjang elegan yang merupakan tanda pasti kesultanan Teluk, menjadi mangsa versi alternatif dengan kelepet yang dinaikkan dan sulaman terperinci, dengan beberapa pemakai juga lebih cenderung pada jubah berbilang warna.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Oman Qais Mohammed Al Yousef, mengeluarkan keputusan dan menetapkan larangan untuk mengimport atau mereka bentuk pakaian tradisional Oman, yang boleh menjejaskan atau membuat pengubahsuaian sehingga menjejaskan identiti Oman.



Rekaan dishdasha ini berdasarkan kriteria tertentu, mensyaratkan ia harus dibuat kebanyakannya daripada bahan kapas dengan sulaman hanya pada kolar, bahagian celah depan dan kaf pada pergelangan tangan.

"Fabriknya mestilah satu warna," jelas pegawai kementerian itu sambil menambah warna putih atau neutral lebih disenangi.

Seseorang individu atau pengeluar yang didapati melanggar kod pakaian ini akan didenda 1,000 rial Oman (RM10,800) atau sekali ganda sekiranya melanggar undang-undang itu buat kali kedua dan seterusnya.

Pemakaian Jubah ini sama seperti jubah lelaki yang sampai ke paras pergelangan kaki seperti yang digunakan lelaki di negara jiran, dishdasha Oman ini nampak menyerlah dengan sulaman di kawasan leher baju atau 'mahar' yang menurun ke bahagian celah tengah atau 'shaq' di atas dada.

Di negara Teluk lain termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), jubah lengan panjang biasanya berwarna putih dipakai  dengan hiasan kepala, kopiah.

Lelaki Oman biasanya menggunakan topi bulat tanpa bingkai atau 'kumma' mahupun hiasan kepala berbentuk seperti lilitan 'turban', yang dipanggil 'massar' bagi penampilan menyeluruh.

Busana ini adalah sebahagian besar daripada kehidupan di Oman, negara dengan sejarah warisan yang kaya, tepian pantai yang cantik serta gunung menakjubkan. - Kitareporters


15
15
0
9
0

Copy Link: