SEBAHAGIAN kakitangan AADK Besut yang terlibat Operasi Cegah di sebuah kampung di Besut. - Kredit Foto : AADK Besut


SEORANG wanita yang sedang dalam proses perceraian dengan suaminya adalah antara tujuh suspek yang ditahan kerana disyaki terbabit penyalahan penggunaan dadah dalam Operasi Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Besut, Terengganu pada Isnin,19 April 2021.

Wanita terbabit yang berusia 24 tahun mempunyai tiga orang anak dengan anak bongsunya berumur 10 bulan itu ditangkap bersama kekasihnya di sebuah rumah di Kuala Besut pada awal pagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan AADK


WANITA dalam proses perceraian dengan suaminya antara tujuh suspek yang ditahan oleh AADK Besut pada 19 April 2021.- Kredit foto: AADK Besut 


Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh 11 kakitangan AADK Besut itu ialah lima lelaki berumur 20 tahun hingga 43 tahun di beberapa buah kampung di daerah Kuala Besut.

Ketua Pegawai AADK Daerah Besut, Noor Hafizza Mat Zain berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya telah menangkap suspek-suspek terbabit di kampung-kampung dekat Hulu Besut, Apal, Lapan Kotak, Limbongan dan Kuala Besut.

Menurutnya, enam lelaki serta wanita terbabit didapati positif dadah jenis Methamphetamine daripada saringan ujian air kencing mereka.



SEORANG suspek yang ditahan oleh AADK Besut di sebuah kampung di Besut pada 19 April 2021. - Kredit Foto : AADK Besut


``Wanita yang proses dalam perceraian dengan suaminya itu mengaku dia terbabit dengan penagihan dadah sejak empat tahun lalu. 

``Pada mulanya dia (wanita) ingin mencuba dan merasai dadah tetapi akhirnya dia menjadi ketagih akibat terpengaruh dengan perbuatan suaminya sendiri,’’ katanya. 

Noor Hafizza berkata tujuh suspek terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Pindaan 1998. - KitaReporters


NOOR Hafizza sedang mendukung anak bongsu berumur 10 bulan iaitu anak wanita terbabit. - Kredit foto: AADK Besut 

14
7
16
6
3

Copy Link: