Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad, 74, adalah antara insan seni veteran yang mengalami beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan dirinya tidak mampu bergiat dalam bidang lakonan.

Ini menyebabkan pendapatan terjejas untuk kelangsungan hidup dan menanggung kos rawatan.

Mak Jah sujud syukur apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan. Pada 29 November 2023, Setiausaha Politik PMX, Ahmad Farhan Fauzi bersama beberapa kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyampaikan sumbangan tunai RM10,000.

Sumbangan disampai di rumah Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur dan pelakon veteran ini melakukan sujud syukur selepas rombongan JPM pulang.


Dan beberapa hari lalu, Mak Jah menerima panggilan telefon daripada Datuk Rosyam Nor, 56, iaitu pelakon terkenal yang juga usahawan berjaya.

Rosyam bertanya khabar dan bertanya apa yang boleh dibantunya bagi meringankan penderitaan kesihatan Mak Jah dan menjemput Mak Wan datang ke pejabatnya.

Dan Mak Wan datang ke pejabat Rosyam dan pelakon dan usahawan terkenal itu memperlihat jus durian Belanda jenama Ardraa keluaran syarikatnya untuk diamal bagi mengawal kesihatan.

Rosyam turut bertanya apa lagi yang boleh dibantunya. Dan Mak Jah secara ‘berseloroh’ meminta kerusi roda elektrik.  



Dan pada awal minggu ini, kediaman Mak Jah didatangi beberapa tetamu. Mereka memperkenal diri sebagai  team Adraabyrosyam yang mewakili Rosyam untuk menyampaikan kerusi roda elekrik. 

Selain itu, Rosyam turut menyampaikan sejumlah jus kesihatan jenama Adraa keluaran syarikatnya serta sumbangan wang tunai bulanan bernilai RM500.

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Rosyam. Tak terbalas.. tak terbalas budi baik Datuk (sebak). Ya Allah Ya Tuhanku. Saya tak terkata Datuk. Rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat.

“Bagi saya memang tak termampu, dengan Datuk bagi bulanan lagi. Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya memohon sentiasa pada Allah supaya rezeki Datuk berkat dunia akhirat,” kata Mak Mah dalam video TikTok @ Adraabyrosyam.


Selain mengalami masalah diabetes, sukar berjalan, Mak Jah juga baru menjalani pembedahan mata kanannya.  

Mak Jah sudah mengenali Rosyam sejak 1980-an ketika bintang terkenal itu menjadi pekerja belakang tabir di Suhan Movie and Trading yang kini sudah menjadi miliknya.

Mak Jah sudah berlakon dalam puluhan drama dan sejumlah filem bermula tahun 1987 melalui drama ‘Sri Panggung’ terbitan Serangkai Filem. - KitaReporters



10
16
0
18
0

Copy Link: