Polis Daerah Besut mengekalkan SJR seluruh daerah itu selepas tamat PKPD


MESKIPUN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Besut, Terengganu sudah ditamatkan ia bukan bererti penduduk daerah itu kini bebas untuk bergerak ke sana ke sini seperti biasa kerana mereka akan terus terikat dengan PKP 3.0 penuh yang dilaksanakan seluruh negara yang berakhir pada 28 Jun 2021. 

Sebelum ini, penduduk daerah itu dikenakan PKPD dalam lima fasa berikutan kes peningkatan COVID-19 yang melonjak begitu tinggi sehinggalah PKPD terakhir mulai 4 Jun dan ditamatkan pada Jumaat, 18 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Besut

Abdul Rozak Muhammad


Penduduk daerah Besut menghadapi lima fasa PKPD iaitu fasa pertama membabitkan Mukim Pasir Akar, Mukim Hulu Besut (kedua), RAKR Pelagat Tiga (ketiga) Mukim Pelagat (keempat) dan kelima membabitkan keseluruhan 15 Mukim di daerah Besut

Ketua Polis Daerah Besut, Superinteden Abdul Rozak Muhammad berkata, selepas berada dalam fasa PKP 3.0 bermula hari ini, Sabtu 19 Jun 2021 penduduk daerah itu diberikan sedikit kelonggaran berbanding ketika mereka berada dalam PKPD.

Katanya, antara kelonggaran yang dibenarkan termasuklah menaiki kereta untuk dua orang dalam satu kenderaan, pembukaan sektor ekonomi terutama golongan peniaga kecil kini dibenarkan menjalankan perniagan di gerai-gerai tepi jalan tetapi dengan mengikut SOP yang ditetapkan.


Status PKPD Daerah Besut tamat 18 Jun 2021


Bagaimanapun, katanya, aktiviti merentas daerah dan negeri masih tidak debenarkan kecuali mereka yang mempunyai surat kebenaran yang dikeluarkan oleh jabatan, agensi dan pihak polis.

“Polis Besut juga akan mengekalkan semua lapan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang ada di seluruh daerah itu bagi mengekang pergerakan orang ramai keluar masuk tanpa tujuan yang dibenarkan,” katanya kepada media selepas mengagihkan bantuan COVID-19 kepada penduduk Kampung Amer, Besut,pada Jumaat 18 Jun 2021.  

Pada majlis itu seramai 200 penduduk dalam kalangan golongan kurang berkemampuan dan terkesan menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang disumbangkan oleh Syarikat KKG Mart. 


Abdul Rozak menyampaikan sumbangan barangan dapur KKG Mart kepada seorang penduduk di Kampung Amer, Besut


Abdul Rozak berkata, sepanjang tempoh PKPD sebanyak 398 kompaun dikeluarkan kepada orang ramai kerana melanggar SOP yang ditetapkan.

“Kebanyakan dikeluarkan kerana keluar rumah tanpa sebab, tidak memakai  pelitup muka dan menaiki kenderaan lebih daripada seorang, malah ramai yang memberi alasan tidak logik dan tidak munasabah ketika disoal siasat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengekalkan pasukan petugas seramai 241 orang anggota membabitkan polis, tentera, Rela dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi mengawal pergerakan dalam SOP PKP 3.0.

Mengenai aktiviti pengagihan bantuan kepada penduduk, beliau berkata, pihak terbabit termasuk pemimpin kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dibenarkan melakukan pergerakan mengagihkan sebarang bentuk bantuan untuk rakyat dengan syarat mereka perlu mendapatkan surat kebenaran polis dan sentiasa mengikuti SOP ketika berhadapan dengan orang ramai. - KitaReporters


Selepas tamat PKPD pada 18 Jun 2021  penduduk Besut  kini berada dalam status PKP 3.0

10
5
8
4
7

Copy Link: