MENYEDARI ramai yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang perlu dilaksanakan akibat penularan COVID-19, terdapat pelbagai inisiatif dilakukan, antaranya pusat bekalan makanan atau bank makanan (food bank).

Kerana banyak orang yang terjejas teruk, food bank dibuat bagi membantu keluarga yang memerlukan. Namun disalah tafsir oleh sesetengah rakyat kita kerana ramai yang mengambil kesempatan.

Terbaharu, pengguna Facebook Muhd Hafiz Zainuddin telah berkongsi beberapa keping gambar pelanggan kedainya yang mengambil barang keperluan ibarat sebulan penggunaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan


Daripada hantaran Facebook, Hafiz menyatakan ada pelanggan yang mengambil barangan di Jasa Mart Grocer di Taman Jasa Utama, Batu Caves diibaratkan untuk sebulan penggunaan yang dikongsikan oleh adiknya. 

Lebih mengejutkan pelanggan tersebut berasa hairan apabila adiknya mula mengira jumlah yang perlu dibayar pelanggan tersebut. Ini kerana pelanggan itu beranggapan barangan itu percuma selepas melihat iklan Gerobok Rezeki di kedai tersebut.



Selepas itu, adiknya turut menerangkan bahawa barangan yang diberi secara percuma hanyalah barangan di rak bahagian depan sahaja dan tidak semua barang.

Kami limit kan pengambilan nak bagi semua merasa.

Kepada anda di luar sana, ambillah barang yang diperlukan sahaja, jangan tamak dan fikir orang lain yang memerlukan juga. - KitaReporters


0
0
3
0
0

Copy Link: