Video| Kahwin dua? Syamsul nak saman JAWI RM10j! Yusuf Haslam anggap tak bijak! Puteri Sarah sindir!

Published by
KitaReporters

Kahwin dua? Syamsul Yusof dakwa difitnah oleh JAWI


APAKAH benar Syamsul Yusof kahwin lagi? Setelah berdiam diri beberapa waktu, pelakon dan pengarah ini muncul dengan membawa khabar yang mengejutkan. 

Anak kepada produser, pengarah dan pelakon Datuk Yusof Haslam ini menyatakan cerita dia berkahwin lagi dan sudah tular itu adalah fitnah. Sebaliknya dia mendakwa bahawa berita itu berkembang meluas kerana dibocorkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).  

Justeru pengarah yang semakin sensasi dengan hasil kerja seninya ini bercadang untuk menyaman JAWI sebanyak RM10 juta




Sebelum itu Syamsul, 38, dalam satu hantaran dalam Instagram memaklumkan, perkara itu (sudah bernikah lagi) tidak benar.

Syamsul menerusi kiriman suara berdurasi satu minit dan 59 saat yang dihantar menerusi WhatsApp memaklumkan, dia akan menyaman JAWI sebanyak RM10 juta kerana dikatakan mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Dia sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan saman itu.

Katanya, JAWI telah memberi maklumat tidak benar kepada ahli keluarganya dan dianggap fitnah.


/

Syamsul, Puteri Sarah dan anak-anak


Menurut pengarah filem ‘Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan’ ini, perkara tersebut adalah dokumen rasmi kerajaan dan tidak boleh didedah kepada umum.

Dokumen itu dipercayai berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga, Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Summayah 3.

Bagaimanapun, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah dilanda kontroversi apabila terpalit dengan isu orang ketiga melibatkan anak pelakon senior, Kazar, iaitu Ira.


Yusof Haslam (tengah) anggap tindakan Syamsul nak saman JAWI akan keruhkan keadaan


Sementara itu Yusof Haslam berpendapat, tindakan anaknya Syamsul  memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bernilai RM10 juta akan mengeruhkan lagi keadaan. 

Yusof menerusi kiriman aplikasi WhatsApp bagaimanapun tetap dengan keputusan untuk tidak mencampuri urusan anaknya.

"Saya pelik dengan tindakan Syamsul. Namun, tak perlulah saya mengulasnya.

"Cuma sebagai orang tua, saya berharap tindakan Syamsul tidak akan mengeruhkan keadaan. Saya dan isteri sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul,” katanya kepada media.



Sementara itu isteri Syamsul, Puteri Sarah memberi ungkapan sinis dalam laman sosialnya.

"Fitnah? Okay kebenaran akan terbukti," demikian sindiran pelakon Puteri Sarah Liyana berhubung kenyataan suaminya, Syamsul yang bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berikutan maklumat peribadi disifatkan fitnah menjadi tular.

Menerusi hantaran itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempersoal kebenaran gosip yang bertiup kencang itu.

"Jadi, betullah gosip itu? Okay mengaku sajalah. Tiba masanya untuk awak mengakui semuanya," katanya ringkas.

Dalam hantaran berbeza menerusi Instagram (IG) Story, Puteri Sarah berkata, "Benda macam ini tiberrr (tiba-tiba) muncul. Yang belah sana minta macam-macam, duit, kereta. Saya takkan tarik saman.” kata Puteri Sarah.

"Tiberrrr (tiba-tiba) nak saman. For what? Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri," tulisnya.



Puteri Sarah sebelumnya memberi bayangan Syamsul sudah berkahwin dengan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga, Ira Kazar menerusi Instagram (IG) Story.

Ia sekali gus menjawab gosip yang menjadi bualan ramai, sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi hantaran dalam IG Story dimuatkan naik, Puteri Sarah dipercayai menyindir Syamsul dan Ira.

"Soroklah selagi boleh sorok. Kebenaran akan terbukti suatu hari nanti.

"Narsistik seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran. Saya tidak mahu terbabit dengan toksik. Penipu akan sentiasa menjadi penipu. Semoga anda berdua berjaya. Dua-duanya toksik," tulisnya.

Puteri Sarah kini bercuti bersama anak-anak ke Jepun dan akan pulang ke tanah air awal tahun 2023. - KitaReporters


13
12
1
12
0

Copy Link: