Akibat tidak menghabiskan baki penggambaran drama, Ben Amir terpaksa membayar RM100,000 ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd selepas melanggar kontrak sebagai pelakon dalam drama ‘Demi’ pada 2020

Persetujuan tersebut dicapai kedua-dua belah pihak di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar  pada hari ini, Khamis 14 April 2022.
Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, setuju membayar jumlah RM100,000 dengan lima kali bayaran secara ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei 2022.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal ganti rugi



Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikekalkan.

Sepatutnya, hari ini, Khamis, 14 April 2022 adalah perbicaraan hari pertama kes saman itu, namun kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara bersama

Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif.

Ben yang ditemui di luar makamah enggan mengulas lanjut mengenai perkata itu. Dia kelihatan enggan melayan pertanyaan sejumlah wartawan yang menanti  di luar mahkamah.

Dia hanya menjawab ringkas: "Semua dah selesai. Itu saja, no komen."

Sementara itu, penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain meluahkan rasa syukur kes berkenaan dapat diselesaikan dengan baik.


/

Ben Amir diserbu petugas media apabilla diminta memberi komen mengenai denda terhadap dirinya.

Pada 27 Mac 2020 pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wabak Covid-19 sedang merebak.

Tindakan itu dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai. 

Ben juga enggan menyiapkan baki penggambaran drama itu di Malaysia

Tempatnya terpaksa digantikan dengan pelakon lain dan produksi perlu membuat penggambaran semula.

Sementara pengarah drama ‘Demi’, Rahila Ali yang turut hadir di mahkamah memberitahu, keengganan Ben meneruskan penggambaran di Malaysia menyebabkan peranannya terpaksa diganti oleh pelakon lain melibatkan 80 babak. 

Sementara  lakonan Ben di Scotland yang sudah dirakam ‘terbuang’ sahaja.


Rahila Ali (kiri) selaku pengarah drama bersiri 'Demi"

"Saya harap apa yang berlaku ini dapat dijadikan iktibar oleh penggiat seni di luar sana agar kena hormati kontrak dan semua orang di dalam satu 'team' itu. Sebab, awak seorang tak akan jadi apa-apa. 

"Awak kena ingat, awak naik hari ini, esok awak boleh terguling. Kami di sini 'production' seadanya sampai hari ini, kami masih di sini. Sebab dari dulu, kami tengok artis yang meletup-letup keluar masuk, keluar masuk tapi kami tetap di sini," kata Rahila, 48, yang ditemui media di luar mahkamah.

"Saya masih sedia bekerjasama dengan Ben pada masa akan datang sebab tak ada apa-apa masalah pun dengan dia. Cuma, tak tahulah dia sudi atau tidak lagi nak bekerja dengan saya.

"Saya dah 21 tahun dalam industri, tak pernah ada masalah kerja dengan mana-mana pelakon sebelum ini termasuk dia (Ben). Saya okey saja jika dia pun masih ingin bekerjasama," kata Rahila. 


Antara barisan pelakon drama 'Demi' ditayang di TV Okey, RTM


Akibat pandemik Covid-19, kru penerbitan dan pelakon drama ‘Demi’ terpaksa pulang ke Malaysia. Sebahagian besar mereka yang kembali membuat ujian calitan, namun Ben enggan berbuat demikian.

Rahila Bersama 14 kru produksi dan beberapa pelakon didapati positif. Antara pelakon yang disahkan positif ialah Ashraf Muslim dan Puteri Aishah.

Kru dan pelakon drama ‘Demi’ adalah antara individu awal yang menjalani kuarantin Covid-19 di negara ini.

Drama ‘Demi’ sebanyak 26 episod telahpun ditayang untuk siaran TV Okey, RTM. - KitaReporters

17
16
0
15
0

Copy Link: