PENYANYI Ahmad Shahir Zawawi,34, mendendangkan lagu pertama ciptaannya berjudul ‘Halal’ di hadapan isterinya Jaskin Jaludin, 30, pada majlis resepsi di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang, Selangor. pada Sabtu,  3 September 2022

Ia membuat Jaskin menitis air mata terharu dan mendapat tepukan para tetamu.

Shahir, yang sebelum ini belum pernah mencipta lagu, memperlihatkan kebolehannya dengan menulis lagu khusus buat sang isteri.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ahmad Shahir Zawawi




Menurut Shahir, jalan cerita lagu ‘Halal’ berkisar mengenai pengalaman sebenar perjalanan cinta dia dan Jaskin. Kedua-dua mempelai diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat, 2 September di lokasi sama.

Shahir dan Jaskin, seorang usahawan mula mengenali satu sama lain pada Mei 2022 lalu dan mengikat tali pertunangan pada 16 Julai 2022 di Merotai, Tawau, Sabah.




Sebelum ini Jaskin tidak tahu dia sebenarnya bercinta dan bertunang dengan seorang penyanyi yang pernah menjadi juara bagi dua pertandingan iaitu Akademi Fantasi musim 8 (AF8) di Astro pada 2011 dan Hijrahkan Laguku di TV AlHijrah pada akhir 2021.

Shahir kini mula mendekati agama setelah menjuarai ‘Hijrahkan Laguku’.



Jaskin membenarkan Shahir meneruskan kegiatan seni dengan syarat tertentu. 

Ia membuatkan Shahir akan kembali mempergiatkan kegiatan nyanyian tetapi kepada lagu berunsur pendidikan dan dakwah.

Sementara itu Jaskin akan kembali melakukan kegiatan keusahawanan termasuk mengendalikan butiknya.

Sebelum ini, bekas kekasihnya Erra Fazira mengucap tahniah Shahir yang akhirnya bertemu jodoh. - KitaReporters

12
10
0
18
0

Copy Link: