Video| Kematian dicemburui! Meninggal semasa sujud ketika tarawih! Sempat laung azan maghrib, isyak!

Published by
KitaReporters
Meninggal pada minggu terakhir bulan Ramadan ketika solat tarawih berjemaah adalah antara pengakhiran abadi yang dirindui ramai yang mengharapkan husnul khatimah.


Rakaman video memperlihat Marji Asmadi rebah ketika rakaat kedua tarawih


Marji Asmadi, 55, jemaah Masjid Jami’ Babussalam, Beji, Depok yang ada sejarah sakit jantung meninggal ketika sujud pada rakaat kedua solat tarawih pada pada Sabtu, 14 Mac 2026 lalu sekitar jam 8 malam waktu tempatan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dimuat naik di platform Instagram akaun @ntvnews.id dan @infodepok_id. 

menunjukkan  sejumlah jemaah menghampiri arwah selepas selesai solat tarawih dua rakaat.

Menurut Ketua Dewan Kemakmuran Masjid (DKM) Masjid Babussalam, Jalaludin, arwah mengerang kesakitan ketika sujud. 

Tambah Jalaludin, arwah rajin mengaji dan sering melaungkan azan di masjid berkenaan. Malah pada malam kejadian, arwah sempat menjadi muazin (bilal) melaungkan azan maghrib dan isyak.



Arwah dikebumikan sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan) pada Ahad, 15 Mac 2026.

Peristiwa ini menarik perhatian ramai dan tular dalam media sosial kerana menunjukkan pengakhiran hidup yang baik bagi seorang jemaah yang aktif beribadah. - KitaReporters

20
7
0
9
0

Copy Link: