Wanita pengsan selepas disebat 100 kali di khalayak ramai! Hukuman kerana kesalahan berzina!

Published by
KitaReporters

NURUL AINI disebat 100 kali di khalayak ramai kerana kesalahan berzina di Lapangan Tunas Bangsa, Kota Lhokseumawe, Aceh pada 28 Jun 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com 


SEORANG wanita yang melakukan perbuatan zina didapati pengsan selepas menjalani hukuman sebatan 100 kali di khalayak ramai di Lapangan Tunas Bangsa, kota Lhokseumawe, Aceh

Wanita terbabit ialah Nurul Aini serta pasangannya, Samsul Bahri termasuk tiga yang lain dikenakan hukuman sebat kerana didapati bersalah melakukan jenayah syariat Islam di Wilayah Aceh itu.

Nurul Aini dan Samsul Bahri masing-masing dikenakan sebat 100 kali atas kesalahan berzina.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hukuman sebat

NURUL AINI pengsan selepas disebat 100 kali terpaksa dipapah oleh pertugas untuk mendapat rawatan perubatannya. - Kredit foto: Tribunnews.com


Memetik laporan Tribunnews. com, Nurul Aini pengsan selepas menjalani hukuman sebat pada Isnin 28 Jun 2021 lalu itu dan dia terpaksa dipapah oleh petugas untuk membuat pemeriksaannya tetapi pegawai perubatan mengesahkan kesihatannya normal.

Wanita itu pengsan kerana tubuhnya tidak bermaya akibat menahan kesakitan semasa hukuman sebat yang dijalankan ke atas dirinya.



Wakil Wali Kota, Zulkifli berkata, daripada lima orang itu terdapat dua lelaki menerima hukuman sebat masing-masing sebanyak 40 rotan setiap seorang kerana minum arak.

Kedua lelaki itu ialah Mahatir dan Syakban Irham kerana melakukan kesalahan yang ditegah oleh agama Islam.

Sorang lagi lelaki  turut dikenakan hukuman sebat sebanyak 75 rotan  kerana terbabit jenayah seks. - KitaReporters


PESALAH lelaki yang dikenakan sebat. - Kredit foto: Tribunnews.com

58
3
21
6
13

Copy Link: