Video| Aisha Retno nantikan Jodoh Lebaran! Tapi yang datang kontroversi! Pakai kebaya dan korset!
Published byBagi lagu raya 2026, Aisha mencipta melodi dan lirik ‘Jodoh Lebaran’. Ada apa-apa ke?

Lirik lagu ini ialah mengenai wanita mencari jodoh ketika Aidilfitri. Judulnya yang mudah difahami lantas mencetuskan persoalan, adakah penyanyi kreatif ini menanti jodoh seperti yang digambarkan menerusi lagunya?

Menurut Aisha selain menuju mesej lagu itu kepada orang ramai, ia juga menyentuh dirinya secara peribadi.
Kebetulan Aisha kini berusia 26 tahun dan sudah sepatutnya berumah tangga. Jadi lagu itu juga menyentuh dirinya sendiri.
Menurut Aisha jika sudah memiliki calon yang sesuai mungkin dia akan berkahwin raya tahun ini atau raya-raya akan datang.

Sementara itu, kemunculan Aisha memakai kebaya dan korset dalam klip video ‘Mencari Jodoh’ kurang disenangi sebahagian netizen apabila ia tersebar secara meluas dalam beberapa laman sosial.
Mereka menganggap Aisha memperlihat perlakuan seksi yang agak kerlaluan dan tidak sesuai dengan suasana Aidilfitri.
"Saya dengar dan faham pandangan awak. Saya juga boleh ubah mengikut cita rasa fesyen awak pada masa akan datang. Tetapi jika saya boleh beri sedikit penjelasan, gaya (korset) ini memang sudah menjadi identiti pakaian saya sejak mula saya masuk industri."

Tambah Aisha, sejak awal pembabitannya dalam dunia seni, fesyen tersebut telah menjadi pilihannya.
Selain itu, penampilannya itu selari dengan konsep lagu berkenaan yang diinspirasikan daripada joget Portugis Melaka.
"Namun apabila dikatakan ia tidak menghormati, mungkin awak boleh bantu saya faham dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu,” tambah Aisha.

