Sebagai usaha untuk memperkukuh transformasi program Rakan Muda khususnya merapatkan jurang dalam kalangan golongan belia dari luar bandar di negeri pantai timur ini, sebanyak 29 aktiviti telah dianjurkan sempena Fiesta Rakan Muda peringkat negeri yang berlangsung selama dua hari di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu (KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


Sukan air antara sebahagian dari 29 acara penganjuran Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026 yang berlangsung selama dari 16 April hingga 18 April 2026 di Kompleks Sukan Air  Negeri Terengganu (KOMSAT), Pulau Duyong, Kuala Terengganu.


Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu (KOMSAT) merupakan fasiliti baharu bagi penggiat sukan air yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. 


Fiesta tersebut pada 16 hingga 18 April 2026 itu adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).

Pengarah JBSNT, Asmadi Mohamad berkata penganjuran berkonsepkan karnival ini adalah secara komprehensif dengan merangkumi 10 gaya hidup mengikut kerangka program Rakan Muda yang kini dalam proses penjenamaan semula sejak diperkenal pada tahun 1994.

Menurut beliau, penganjuran itu turut berperanan sebagai platform penyatuan antara belia, persatuan serta kelab tempatan yang selama ini memerlukan ruang lebih inklusif untuk bergiat aktif.

“Melalui pendekatan ini, kita dapat menyediakan peluang yang lebih terbuka kepada golongan belia untuk menonjolkan bakat serta potensi masing-masing, sekali gus memastikan tiada yang tercicir daripada arus pembangunan belia negeri.

“Pengisian program yang merangkumi pelbagai segmen termasuk sukan, ekspresi kreatif dan pembangunan sahsiah turut memberi pendedahan awal kepada golongan muda, khususnya pelajar sekolah,” katanya.


Sukan elektronik antara yang menarik perhatian dari pelbagai peringkat usia untuk turut sama memeriahkan Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026.


Selain acara sukan yang berlangsung seperti pelayaran, kanu dan silat, turut berlangsung beberapa program seperti menukar minyak enjin motosikal, gunting rambut dan beberapa perkhidmatan lain yang disediakan secara percuma sepenuhnya tanpa mengira latar belakang dan peringkat usia.

Pada masa sama, penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam menjayakan program berkenaan dilihat mampu memperkasa elemen kemasyarakatan serta merapatkan lagi hubungan antara belia dan komuniti setempat. - KitaReporters


Pengunjung turut meyahut cabaran kecergasan yang menjadi salah satu dari 29 pengisian program Fiesta Rakan Muda Terengganu 2026.


Selain aktiviti sukan, turut berlangsung ada program-program kemasyarakatan seperti gunting rambut percuma.

 

10
5
0
13
0

Copy Link: