Tonton dokumentari bersiri Sepuluh! Perjalanan suka duka, jatuh bangun Safee Sali! 24 Nov 2023!

Published by
KitaReporters


Buat peminat sukan negara dan pecinta wayang inilah masa yang dinanti-nantikan apabila dokumentari bersiri bertajuk Sepuluh akan disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) setiap hari Jumaat pada jam 9.00 mlm bermula 24 November 2023 nanti. 

Enam siri dokumentari yang dihasilkan ini nanti akan membawa anda menyusuri perjalanan suka duka, jatuh bangun yang ditempuhi Safee dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak selama hampir dua dekad. 

Selain temu bual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini, terdapat juga rakaman dan momen-momen menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang tidak henti untuk mencapai kejayaan. 



Mengulas mengenai dokumentari ini, Safee berkata "ini adalah bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan. 

"Saya berharap kisah perjalanan kehidupan saya ini  akan menjadi satu cerita yang akan memberi inspirasi dan menambat hati semua orang bukan hanya untuk peminat sukan sahaja."

Penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee yang baru mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara termasuk perjuangannya membantu skuad Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal di Piala AFF pada tahun 2010. 

Turut menambah kehangatan siri dokumentari ini apabila syarikat telekomunikasi, redONE tampil sebagai penaja utama dalam meningkatkan lagi mutu penerbitan dokumentari ini ke tahap yang lebih tinggi. 



Ketua Pengawai Eksklusif redONE Network Sdn Bhd, Farid Yunus berkata, pihaknya berkongsi rasa teruja dan berbangga dengan kolaborasi yang terjalin dalam penghasilan dokumentari yang disifatkan bukan hanya sekadar kisah kejayaan Safee malah bukti kegigihan dan semangat kental rakyat Malaysia. 

“Kami percaya melalui penceritaan sejarah perjalanan Safee yang menarik ini serta sokongan yang diberikan ini, kami telah berhasrat  untuk memberikan sumbangan keatas pencapainya yang gemilang dan penuh keazamanan yang jitu ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, "kami di Astro Arena sentiasa menyokong perjuangan dan mengikuti perjalanan bintang bola sepak ini sejak dari awal kariernya lagi dan kami teruja menjadi saksi dan merakam detik-detik penting dalam sejarah kehidupannya. 

"Tidak terhenti di situ sahaja, Safee turut diberi peluang untuk melebarkan sayapnya dalam dunia penyiaran sukan sebagai tetamu pakar bola sepak di Astro Arena."

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi daripada pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ini menerusi enam siri dokumentari sukan yang akan disiarkan di Astro Arena. - KitaReporters/Kenyataan Media


19
12
0
9
0

Copy Link: