Sukan SEA 2022: Malaysia hampir dimalukan skuad Kemboja! Tempah laluan sukar ke perlawanan akhir!

Published by
KitaReporters



MALAYSIA menempah laluan sukar ke separuh akhir apabila hanya mampu mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Kemboja dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B.

Dua jaringan daripada Hadi Fayyadh menyelamatkan Malaysia daripada dimalukan dalam perlawanan tersebut.

Kemboja yang dibimbing oleh legenda Jepun, Keisuke Honda ternyata bermain dengan baik terutama ketika bertahan dan sering lancarkan serangan sekali sekala dan taktikal itu lebih berkesan apabila berjaya di depan sebanyak dua kali serta hampir mencatat kemenangan ke atas Malaysia. 

Jika pasukan ini dikekalkan, dijangka dalam masa dua tiga tahun lagi pasti pasukan ini akan lebih kuat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan SEA Vietnam 2021


Keputusan seri ini juga menyebabkan Malaysia turun ke tangga kedua kumpulan B kerana Thailand tiada masalah untuk menang ke atas Laos dengan keputusan 1-0. Dengan kemenangan Thailand itu, sudah pasti mereka muncul juara Kumpulan B. 

Dalam perlawanan tersebut, Malaysia membuat rombakan besar bagi memberi peluang kepada pemain lain namun ternyata kualiti pemain dan gaya permainan yang sangat berbeza hingga menyebabkan Malaysia sukar dalam mencari gol.

Malaysia wajib menang dalam perlawanan terakhir kerana dengan kemenangan saja boleh meletakan Malaysia selaku juara kumpulan untuk mengelak Malaysia jumpa Vietnam, namum ternyata Malaysia begitu bergelut untuk mencatat kemenangan. 

Jika permainan seperti ini diteruskan, tugas sukar menanti skuad Brad Maloney untuk layak ke perlawanan akhir sekali gus memburu ibu segala pingat. 



Dua perlawanan terakhir, gaya permainan Malaysia sangat merisaukan para peminat apabila kita sering melepaskan gol mudah kepada pihak lawan. 

Malaysia juga dilihat tiada penyerang yang begitu tajam untuk manfaatkan setiap peluang terhidang dalam bentuk jaringan apabila sering mempersia-siakan peluang demi peluang. 

Ayuh Malaysia, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak Malaysia kerana Harimau Malaya sentiasa buat kejutan demi kejutan tapi jangan buat kejutan dekat peminat sendiri sudahlah. - KitaReporters


14
13
0
9
0

Copy Link: