Gambar bayi perempuan Martunis Ronaldo sedang tidur sambil memeluk gambar 'datuk'nya, Cristiano Ronaldo. - Kredit foto: Instagram Martunis.


RAMAI yang tertanya-tanya apakah khabar angin yang bertiup kencang mengenai bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo bahawa dia kini bergelar datuk sedangkan anak-anaknya masih dalam usia kanak-kanak.

Jawapannya memang sah! 

Bintang Jeventus itu kini berstatus 'datuk' apabila dikurniakan seorang 'cucu perempuan' memetik laporan Suara.com pada 21 Jun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Cristiano Ronaldo

Martunis Ronaldo atau nama senenarnya Martunis Sarbini bersama Cristiano Ronaldo.

Kredit foto  :  Instagram Martunis.


Namun, ia bukanlah cucu hasil daripada anak kandungnya, sebaliknya adalah cucu hasil daripada 'anak angkatnya'  di Indonesia, Martunis Ronaldo yang telah menimang cahaya mata sulungnya. seorang bayi perempuan hasil perkongsian hidup bersama Sri Wahyuni.

Melalui hantaran dalam laman Instagramnya, Martunis telah memuat naik gambar bayi perempuannya sambil meletakkan foto Cristiano Ronaldo pada pelukan anak tersebut dan berharap anaknya itu menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya selain berharap anaknya dapat bergambar bersama 'datuknya' suatu hari nanti.


Martunis bersama anak sulungnya yang merupakan seorang bayi perempuan.

Kredit foto :: Grid.id


Martunis atau nama sebenarnya Martunis Sarbini, 23, merupakan anak kelahiran Indonesia yang terselamat dalam kejadian tsunami  yang melanda Aceh pada tahun 2004.

Ketika itu dia baru berusia tujuh tahun dan gambarnya yang memakai jersi Portugal tertera nama Figo di belakangnya tular dalam media sosial telah mendapat perhatian Ronaldo yang ketika itu berusia 20 tahun.

Ronaldo mengambil keputusan untuk membantu membiayai pengajian kanak-kanak tersebut yang dianggapnya sebagai anak angkat. Hasil bantuan tersebut, Martunis berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemain bola sepak dan pernah menyertai kelab Sporting Lisbon.


Martunis bersama "bapa angkatnya" Cristiano Ronaldo yang pernah membiayai pengajiannya sehingga berjaya menjadi pemain bola sepak. - Kredit foto:  Instagram Martunis. 


Namun kerjaya bola sepak Martunis tidak bertahan lama dan terpaksa bersara awal disebabkan kecederaan lutut pada tahun 2016. 

Selepas bersara, dia kini bergelar selebriti media sosial dan membuat kandungan YouTube berkaitan bola sepak. - KitaReporters


 

Martunis dan Cristiano sememangnya mempunyai hubungan rapat sebagai "anak angkat' dan "bapa angkat'. - Kredit foto: Bola.com

3
0
0
0
0

Copy Link: