Pesta Bendang Antarabangsa 2026 yang telah diadakan di Kampung Matang Kenangan, Kubang Pasu, Kedah terbukti berjaya selepas menghimpun peserta dari 22 buah negara.


Para peserta mesti memakai kain pelikat terlebih dahulu sebelum bertanding.

Begitu juga dengan kaum wanita harus memakai kain batik sebelum beraksi.

Majoriti peserta dari luar negara tersebut merupakan mahasiswa dan mahasiswi antarabangsa.

Mereka dibawa ke Kubang Pasu bagi memberi merea peluang untuk merasai pengalaman tidur di rumah penduduk kampung dan merasai makanan tradisi rakyat negeri ini.

Pesta yang berlangsung dengan meriah mulai 10 hingga 12 April 2026 menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik.

Ia bukan sahaja melibatkan pelajar-pelajar dari luar negara, tetapi juga melibatkan komuniti setempat serta para pengunjung.


Acara tarik tali kain pelikat turut disertai pelajar dari luar negara.

Pelajar luar negara diberi peluang untuk mencuba pakaian sebelum beraksi dalam mana-mana acara.

Seawal pagi, para pengunjung telah disajikan dengan pelbagai pengisian termasuk pameran jerami bendang, jerami soccer challenge (cabaran bola sepak jerami), kejohanan bola sepak kain pelikat dan kain batik, serta sepak raga bulat.

Selain itu, turut diadakan ialah larian santai atau 'fun run', malam kesenian dan kebudayaan, persembahan warisan tempatan, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan serta pertandingan mewarna.

Malah turut mendapat sambutan ialah pertandingan mengail ikan, jerami paintball, sukaneka klasik serta pertandingan tarik tali kain pelikat dan kain batik. 


Begitu juga dengan anak muda tempatan turut memakai kain pelikat bagi memeriahkan aktiviti Pesta Bendang Antarabangsa.

Sementara itu, syabas dan tahniah kepada 280 orang pelajar daripada 14 buah sekolah rendah dan menengah yang telah mempersembah tarian zapin pada 4 April 2026 sempena majlis Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

Kemeriahan persembahan tarian zapin ini yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Bukit Senggeh, Asahan menjadi lebih gamat dengan kelincahan penari cilik daripada pelbagai sekolah.


Persembahan tarian zapin oleh pelajar dari 14 buah sekolah di DUN Asahan, Melaka.

Walaupun di luar dewan, tarian Zapin tetap ditarikan beramai-ramai.

Program jamuan Aidilfitri serta Wakil Rakyat Untuk Rakyat bagi DUN Asahan membawa kelainan yang menghiburkan hadirin.

Lebih menarik apabila tarian zapin ini turut disertai penari dari Institut Warisan Melaka serta para hadirin yang sama-sama menari mengikut lenggok tarian yang sememangnya nenghiburkan.

Acara ini yang menggabungkan hampir 300 pelajar  sekolah rendah dan menengah ini ternyata satu inisiatif menghiburkan di samping memberi banyak manfaat kepada mereka.  - KitaReporters


Para hadirin dan pelajar menari tarian zapin dengan meriah mengikut tempo.

Para hadirin tetap tidak mahu melepaskan peluang menari tarian zapin bersama-sama.

Pelajar sekolah menengah mempersembah tarian Zapin bagi memeriahkan jamuan Aidilfitri DUN Asahan.

12
22
0
11
0

Copy Link: