Minat berenang? Tapi rasa sudah berusia! Kini ada kelas renang untuk warga emas! Jangan terlepas!
Published byHebat! Memang hebat! Tahniah kepada Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Pulau Pinang. Walaupun sudah bercucu dan bercicit masih ada yang peduli dan prihatin.

Dah berusia warga emas. Umur telah mencapai 60 mahupun 70 tahun. Berminat nak berlajar berenang? Ketahuilah masih ada kelas dan latihan untuk mereka.
Peluang untuk belajar berenang terbuka luas. Jangan segan dan silu. Mendapatkan ilmu berenang masa kini, patah lagi pada usia emas, bukan mudah.
Kelas renang anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pulau Pinang ini pastinya menarik dan selamat dengan pelbagai macam kemudahan keselamatan disediakan.
Orang tua-tua diajar berenang. Cuba bayangkan yang sudah bercucu, berjalan munsar-mandir pun masih ada ruang berlatih berenang di kolam renang.

Latihan renang khusus untuk warga emas kali ini merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara.
Dengan adanya program sebegini ia dapat memberikan pendedahan asas berenang kepada para peserta khususnya warga emas.
Sebelum ini kelas renang untuk warga emas juga telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah pada awal Januari 2026 bagi memberi pendedahan yang sama.
Malah kelas yang diadakan tersebut telah dilaksanakan dengan bimbingan 'coach' terlatih bagi memastikan keselamatan peserta terjamin dan selamat.


Semua warga emas harus merebut peluang yang ada.Setidak-tidaknya ia memberi banyak pendedahan mengenai selok-belok renangan serta keselamatan. - KitaReporters

Setiap warga emas dipantau renangan dan gerakan mereka oleh jurulatih berpengalaman.
