Misteri! Kebesaran Allah! Bangun subuh, kalimah Muhammad tertera pada lengan kiri pesara polis!

Published by
KitaReporters

Tanda-tanda kalimah Allah, Muhammad atau Rasulullah yang sering dikaitkan dengan tubuh manusia biasanya merujuk kepada  kebesaran  penciptaan Allah yang ditemui secara fizikal atau biologi.

Ia pula bukanlah tulisan fizikal dengan dakwat di atas kulit.


Wan Ibrahim Alias menunjukkan kalimah 'Muhammad' yang tertera pada lengan kirinya.

Malah terdapat beberapa bentuk tanda yang lazim ditemui antaranya ialah urat-urat pada tapak tangan manusia khususnya tangan kanan.

Jika diperhatikan, seringnya ia membentuk garisan yang menyerupai tulisan Arab dengan perkataan Allah.

Telinga mahupun lima jari manusia sering dikaitkan sebagai simbolik kepada kebesaran Allah, di mana bentuknya dianggap membentuk kalimah kebesaran Allah.

Insiden sebegini juga dirasai seorang pesara polis dari Butterworth pada 12 Mei 2026.

Sebaik sahaja bangun daripada tidur pada masa subuh, Wan Ibrahim Alias menggaru-garu lengan kirinya yang terasa gatal beberapa kali.

Setelah beberapa saat beliau berasa pedih di lengannya. Ia segera tunduk dan melihat lengan kirinya seperti ada satu perkataan yang terpampang di situ.

Setelah sekian lama menatap kalimah yang terpampang, Wan Ibrahim mendapati kalimah Arab tertera dengan begitu jelas.


Kalimah 'Mim Ha Mim Dal' yang jelas berwarna merah pada lengan kanan Wan Ibrahim Alias.

Namun begitu, ia belum pasti apakah kalimah yang terbentuk. Setelah diamat-amati akhirnya terjawab. 'Mim Ha Mim Dal' perkataan  (Muhammad) dengan begitu jelas kelihatan berwarna merah.

Namun begitu beliau tidak pasti apakah kalimah yang ada pada lengan kanannya.

Tanpa berlengah lagi Wan Ibrahim bersama isterinya, Aishah Mohd Hashim berkali-kali cuba memastikan apakah kalimah yang tertera ketika itu.

Penulis yang dihubungi segera bergegas dan menjenguk kalimah yang tertera pada lengan Wan Ibrahim.

Masha Allah!! Memang benar kalimah suci dengan warna merah darah 'Mim Ha Mim Dal' (Muhammad) terpampang pada lengan kiri beliau.

Ketika ditanya adakah ini kali pertama tulisan sedemikian wujud pada badannya.

"Ya!! Ini kali pertama tulisan sedemikian kelihatan pada badan saya. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Hanya Allah yang tahu," ujarnya. - KitaReporters


Kalimah 'Muhammad' jelas terpampang pada lengan pesara polis Wan Ibrahim Alias ketika ditemui pada 12 Mei 2026.

9
12
0
10
0

Copy Link: