Kompleks baharu farmasi Hospital Taiping siap 24 Julai 2026! Namun ada 44 projek sakit dipantau KKR!
Published by
Hospital Taiping akan menikmati kemudahan sebuah bangunan stor farmasi logistik dan farmasi steril yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada 24 Julai 2026.

Projek pembinaan Kompleks Farmasi yang satu blok bangunan dua tingkat itu membabitkan kos RM25.977 juta di kawasan
seluas 3.679 ekar dan dimiliki tapak pada 25 November 2022.
Projek ini
dilaksanakan oleh Kamalbina Sdn Bhd bagi meningkatkan kecekapan pengurusan stor
farmasi, operasi farmasi steril serta sistem logistik kesihatan di Hospital
Taiping.
Impak projek
ini bagi menjamin bekalan ubat dan peralatan perubatan disimpan dalam keadaan
terkawal, bersih dan selamat, kurang risiko pencemaran silang melalui sistem steril
yang mematuhi piawaian kesihatan serta menyokong keberkesaan rawatan pesakit
dengan memastikan kualiti ubat terpelihara.
Selain itu, memudahkan urusan inventori farmasi dengan sistem stor yang tersusun, mengurangkan kehilangan atau kerosakan stok melalui kawalan suhu, kelembapan dan kebersihan melalui proses bilik bersih serta menyediakan ruangan kerja streluntuk penyediaan umat suntikan dengan lebih cepat dan selamat.
Timbalan
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika mengadakan lawatan ke
projek tersebut berkata, projek Kompleks Farmasi ini sudah mencapai 97.5 peratus pembinaan.
Beliau
berkata, projek ini membabitkan blok bangunan Mekanikal dan Elektrikal, satu pencawang
elektrik, tiga stor perubatan, pondok pengawal, rumah sampah, laluan pejalan
kaki berbumbung, tempat letak kereta berbumbung dan landskap.
Sehubungan
itu, Ahmad berkata, KKR terus komited memastikan pelaksanaan projek
infrastruktur rakyat berjalan lancar menerusi pemantauan rapi terhadap prestasi
projek dan kontraktor di seluruh negara.
“Sebelum ini, saya turut mengadakan pertemuan dengan Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama serta sesi perbincangan bersama pegawai-pegawai berkaitan termasuk Pengarah JKR Negeri bagi meneliti perkembangan semasa projek-projek yang sedang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Taiping pada 19 Mei 2026.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, ketika ini terdapat 851 projek dalam pembinaan di bawah pemantauan Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan nilai keseluruhan mencecah RM49.5 bilion.
Menurut beliau, sebanyak 351 projek telah berjaya disiapkan dengan nilai keseluruhan RM15.48 bilion dan kini berada dalam tempoh Defect Liability Period (DLP).
Daripada jumlah dalam pembinaan tersebut, katanya, sebanyak 241 projek atau 28 peratus berada di hadapan jadual, manakala 213 projek atau 25 peratus berjalan mengikut jadual.
Pada masa sama, katanya, kementerian merekodkan 44 projek sakit (5.2 peratus) daripada 851 projek yang sedang diberikan perhatian khusus bagi memastikan isu-isu berkaitan dapat diselesaikan segera.
Antara 44 projek sakit ialah Kementerian Pendidikan membabitkan 14 projek, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (lapan), Kementerian Dalam Negeri (lima), Kementerian Pertahanan (empat), Kementerian Kesihatan Malaysia (tiga), Kementerian Pengajian Tinggi (tiga), Jabatan Pendaftaran negara (dua), KKR (dua), Jabatan Kehakiman Syariah (satu), Jakim (satu) dan Kementerian Sumber Asli (satu).
“Analisis mendapati 84 peratus masalah projek sakit berpunca daripada faktor kontraktor, manakala baki 16 peratus disebabkan faktor lain seperti utiliti, bahan binaan, isu tanah dan keadaan cuaca.
“Dua punca utama yang dikenal pasti melibatkan kontraktor ialah kelemahan dari segi penjadualan dan perancangan projek serta masalah aliran kewangan kontraktor,” katanya.
Ahmad berkata, bagi projek yang masih berpotensi dipulihkan, kementerian bersedia mempertimbangkan lanjutan masa (Extension of Time – EOT), manakala bagi projek yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan, tindakan penamatan kontrak dan pelantikan kontraktor penyelamat akan dipertimbang.

Beliau seterusnya merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya, kementerian pelanggan, perunding serta kontraktor yang berjaya menyiapkan projek-projek berkenaan.
“Pemantauan
rapi perlu diteruskan terhadap semua projek sama ada yang mendahului jadual,
mengikut jadual mahupun projek sakit supaya prestasi pelaksanaan projek
kerajaan terus dipertingkat demi kepentingan rakyat,” katanya.- KitaReporters
