Video| Roket Air DIY Siri 2 ambil inspirasi wira Palestin! Peserta cilik teruja! Cipta roket sendiri!

Published by
KitaReporters



PROGRAM Roket Air DIY Siri 1 yang diadakan pada bulan Januari 2024 lalu mendapat sambutan hebat peserta dalam kalangan kanak-kanak berusia 7 tahun sehingga 14 tahun. Ramai ibu bapa yang mahukan ia diadakan lagi bagi memberi peluang lebih ramai anak-anak mengambil bahagian dan merasakan keterujaan membina roket air yang boleh terbang di udara.

Justeru, Laman Nazim, Biro Keluarga Masyarakat (BKM) ISMA terpanggil untuk mengadakan program Roket Air DIY Siri 2 bagi memberi peluang peserta yang mendaftar sebelum ini tapi tidak dapat mengambil bahagian dan peserta baharu dapat menyertai program kali ini.

Seramai 70 peserta berusia di antara 7 hingga 14 tahun mengambil bahagian dan ia diadakan di Surau Ar-Rahman Seri Anggerik dan Widuri, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Peserta mendapat tunjuk ajar membina roket air secara DIY daripada Timbalan Pengarah BKM, Mior Anas Mohamed. 

Sebahagian daripada 70 peserta yang mengambil bahagian dalam program Roket Air DIY Siri 2 di Surau Ar-Rahman Seri Anggerik, Seksyen 7, Bandar Baru, Bangi, Selangor


Peserta dibahagikan kepada sembilan kumpulan iaitu Roket Berapi, Hana, Roket Junior, Roket Hamas, Roket Helang, Roket Ayyash 101, Roket Bima Sakti, Roket Meluncur dan Wave to Earth.

Pengarah Program Roket Air DIY Siri 2, Nur Nabihah Shaharudin berkata seperti program sebelum ini, Siri 2 ini masih menerima sambutan hangat daripada anak-anak termasuk dalam kalangan warga Seri Anggerik dan Widuri. Malah, jumlah peserta lelaki melebihi perempuan.

Beliau berkata, jika dalam Siri 1, ia lebih menitikberatkan aspek teknikal dan mengambil semangat pejuang Briged Al-Qassam, Siri 2 meneruskan semangat yang sama, cuma ia memberi fokus kepada seorang pejuang Hamas bernama Yahya Ayyash yang dianggap wira dalam pembuatan roket dan bom dalam kalangan rakyat Palestin. 

Nur Nabihah Shaharudin


Yahya Ayyash lahir di Rafat, Tebing Barat, Palestin pada 6 Mac 1966 dan meninggal dunia 5 Januari 1996 pada usia 29 tahun di Beit Lahia , Genting Gaza. Ia adalah seorang anggota Hamas dan pemimpin Briged Izzuddin Al-Qassam cawangan Tebing Barat.

"Semasa zaman kanak-kanaknya, Ayyash menerima anugerah daripada badan 'Islamic Trust' kerana kebolehannya menghafal al-Quran malah dia juga menampakkan bakat dalam kerja-kerja elektrik dan mekanikal seperti membaiki radio dan televisyen.

"Ayyash menamatkan persekolahannya di Rafah pada 1985 yang membolehkannya memenuhi syarat belajar kejuruteraan di Universiti Bir Zeit pada 1987.

"Pada 1988, dia menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan elektrik dan bercita-cita belajar di luar negara untuk mendapatkan Sarjana di Jordan, tetapi dia dihalang oleh Zionis," kata  Nur Nabihah.

 

Yahya Ayyash


Ayyash, katanya mula aktif dalam Briged Izzuddin Al-Qassam pada awal 1992 dan menjadi salah satu ketua pembuat bom di Hamas. Tidak hairanlah dia menerima gelaran “Sang Jurutera”, yang diberikan sendiri oleh Zionis Israel selepas peristiwa pengeboman yang dirancangnya menyebabkan kematian kira-kira 90 tentera Israel.

"Disebabkan bahan-bahan membuat bom sukar diperoleh di Tebing Barat dan Genting Gaza, Ayyash menggunakan bahan peledak daripada bahan mentah yang mudah diperolehi di sekitar wilayah Palestin. 

"Dia menggunakan kombinasi aseton dan bahan peluntur, kedua-duanya bahan yang mudah didapati di rumah. Selepas dicampurkan, ia menjadi sejenis bahan letupan.


Peserta perempuan tidak kurang hebatnya mencipta Roket Air DIY dan mereka turut mendapat bimbingan tenaga pengajar Laman Nazim.


"Yahya mula mendapat perhatian pasukan keselamatan Israel selepas kegagalan suatu operasi pengeboman di Ramat Ef'al dan namanya diperoleh daripada tiga orang yang ditahan dalam operasi itu dan sejak itu, Ayyash menjadi orang yang paling dikehendaki Israel. 

"Sepanjang dalam buruan pihak Israel, Ayyash berusaha melatih sebanyak mungkin jurutera baru untuk meneruskan kerjanya. Selepas menjadi buruan selama tiga tahun, Ayyash akhirnya terkorban di Gaza," katanya.

Yahya Ayyash dianggap wira kepada rakyat Palestin dan bagi mengenang jasanya, sebatang jalan di Ramallah dipilih sempena namanya pada April 2010. Dan, pada tahun 2021, namanya dijadikan Roket Qassam yang bernama Ayyash 250, roket ini mampu terbang lebih 250 kilometer.

Beginilah ragam peserta Roket Air DIY Siri 2 yang tekun menyiapkan ciptaan mereka dengan dibantu oleh tenaga pengajar Laman Nazim.


Mior Anas Mohamed (berdiri) memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana mencipta Roket Air DIY menggunakan botol kosong dan tiub basikal.


Nur Nabihah berkata, seperti sebelumnya, Siri 2 ini tetap mengenakan yuran RM5 kepada peserta dan mereka diberi sarapan dan peralatan roket air secara percuma termasuk botol dan tiub basikal yang disediakan oleh petugas Laman Nazim.  

"Saya berterima kasih kepada Surau Ar-Rahman yang membenarkan kami menggunakan lokasi ini malah AJK serta jemaah surau turut turun padang bagi menyediakan makanan secara percuma kepada anak-anak yang mengambil bahagian.

"Walaupun ada permintaan supaya meneruskan Roket Air DIY Siri 3 tapi disebabkan sudah menghampiri Ramadan, Laman Nazim mempunyai beberapa program lain khusus untuk meraikan dan menghayati bulan mulia itu.

"Insya-Allah, kami akan mengadakan program penghayatan Ramadan iaitu Rehal Nazim yang memberi fokus kepada aktiviti tadarus al-Quran setiap minggu untuk anak-anak Laman Nazim dan seminggu sebelum Aidilfitri, kami akan mengadakan acara khatam al-Quran," katanya lagi.

Semangat peserta perempuan untuk menghasilkan roket air tidak kurang hebatnya berbanding lelaki.


Walaupun masih di sekolah rendah, mereka tetap bersemangat menjadi pencipta roket negara suatu hari nanti.


Selain itu, katanya bagi memeriahkan Ramadan, Laman Nazim turut bercadang mengadakan pertandingan video secara dalam talian bagi mereka yang berusia 7 tahun hingga 14 tahun bertajuk "Azam Saya". Melaluinya, peserta akan menceritakan apa yang mereka mahu capai sepanjang Ramadan.

"Kami juga merancang pertandingan video dalam talian, Mihrab Ramadan bagi memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak menghias tempat khusus mereka beribadat sepanjang Ramadan," katanya.

Sementara itu, melihat keseluruhan program Roket Air DIY Siri 2, beliau berpuas hati dengan sambutan peserta dan komitmen semua pihak terutama warga Surau Ar-Rahman Seri Anggerik dan Widuri dan berharap suatu hari nanti, ada antara peserta ini akan menjadi pakar mencipta roket yang mengharumkan nama negara.

Pada akhir sesi teori dan praktikal, empat kumpulan terbaik yang menjadi pilihan juri dan berjaya melancarkan roket mereka ke udara ialah Kumpulan Hamas, Ayyash 101, Wave to Earth, Roket Meluncur dan Roket Hana. - KitaReporters

AJK Surau Ar Rahman yang turun padang memasak untuk peserta Roket Air DIY Siri 2.

13
13
0
10
0

Copy Link: