Tolong kami! Bantu bayi lelaki! Perlukan bantuan RM100,000! Untuk pembedahan segera jantung berlubang!
Published bySiapa tidak sayangkan anak? Pelbagai usaha dilakukan oleh sesebuah keluarga dalam memastikan anak mereka mendapat rawatan.
Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi akaun Public Bank atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3193433435 (Kod SWIFT: PBBEMYKL).

Begitulah yang terjadi pada seorang bayi lelaki berusia setahun, Mohamad Yafiy Darwish Mohamad Faizal yang menghidap jantung berlubang selepas enam bulan dilahirkan.
Mohamad Yafity Darwish yang dilahirkan pada 20 April tahun 2025 memerlukan dana berjumlah RM100,000 bagi menjalani pembedahan segera.
Menurut ibunya,
Mashitoh Mat Isa, 39, berkata, anak bongsunya itu kelihatan seperti kanak-kanak
lain yang aktif dan sihat, namun dia merupakan penghidap penyakit jantung
kongenital yang kompleks, Tetralogy of Fallot.
Beliau
berkata, selain struktur jantung yang tidak normal, saluran arteri pulmonarinya
juga didapati kecil dan memerlukan rawatan pembedahan dengan segera.
“Menurut
doktor, jantungnya tidak dapat menyalurkan darah beroksigen ke seluruh badan
dengan sempurna.
“Walaupun dia masih belum mengalami simptom seperti kulit kebiruan (sianosis) atau sesak nafas yang ketara, namun begitu ia hanya boleh dirawat melalui pembedahan bagi membaiki kecacatan jantung serta memulihkan aliran darah yang normal,” katanya ketika di temui di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 5 Jun 2026.

Mohamad Yafity Darwish Mohamad Faizal
Mashitoh
berkata, penyakit yang dialami anaknya itu dikesan kira-kira enam bulan selepas
Mohamad Yafiy Darwish dilahirkan dengan berat 3.31 kilogram pada 20 April tahun
lalu (2025).
“Semasa
lahir, dia mengalami jangkitan bakteria akibat terhidu mekonium (najis bayi)
dan terpaksa dirawat selama enam hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU)
sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
“Ketika
berusia enam bulan, dia mengalami batuk berterusan yang tidak menunjukkan
tanda-tanda pulih sebelum doktor mendapati bunyi tidak normal pada
pernafasannya,” katanya suri rumah itu dalam nada sebak.
Mashitoh
berkata, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa berat badan anaknya itu kini
telah mencapai tahap yang sesuai untuk menjalani pembedahan dan prosedur
tersebut boleh dijadualkan pada bila-bila masa.
“Malangnya kami berdepan masalah kewangan dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan itu,” ujarnya.

Mashitoh Mat Isa (tengah) dan suaminya, Mohamad Faizal Mohd Noor (kiri) bertemu dengan wakil badan amal One Hope Charity di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Sementara
itu, Pengerusi badan amal One Hope Charity, Datuk Chua Sui Hau berkata,
pihaknya berbesar hati membantu keluarga dari Perlis itu untuk mengumpul dana
daripada orang ramai sebanyak RM100,000.
Ini kerana bapa
kanak-kanak itu, Mohamad Faizal Mohd Noor, 44, bekerja sambilan membantu
pengusaha kebun menghantar buah mangga dan turut menjual buah-buahan di gerai
tepi jalan.
Beliau
berkata, pasangan itu turut mempunyai tiga lagi anak berusia lapan, 12 dan 14
tahun.
Menurut Sui
Hau, orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya menerusi
akaun Public Bank atas nama One Hope Charity & Welfare bernombor 3193433435
(Kod SWIFT: PBBEMYKL).
Sumbangan
juga boleh disalurkan menerusi laman web www.onehopecharity.org atau dengan
memuat turun aplikasi One Hope Charity pada telefon pintar.
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline 04-539 9212, 016-419 2192, 019-232
2192 atau 018-911 4192. -KitaReporters
