Baik punya! Dafi seru anak-anak muda keluar mengundi! Good luck kepada semua calon! Khususnya papa!

Published by
KitaReporters


PENYANYI dan pelakon, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri turut turun padang untuk membantu kempen bapanya yang bertanding di Parlimen Bera, Pahang dengan membuat siaran langsung dalam TikTok untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya para peminatnya berbual secara terbuka mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam siaran langsung itu peminatnya lebih banyak bertanya perkembangan dirinya, namun turut mendoakan untuk bapanya dan masing-masing mengharap Dafi dapat memainkan peranan menarik anak-anak muda mengundi pada Sabtu, 19 November 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dafi Ismail


Rose dalam komennya memberitahu anak Sabri ini tetap pilihan terbaik dan berharap dia dapat membantu usaha bapanya. 

Manakala coffelover "memacu kejayaan" berkata, mood keluarga B40 masih memihak kepada kerajaan diketuai bapanya kerana mempercepatkan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia dan pelajar universiti turut gembira kerana mendapat bantuan kerajaan.



Sementara itu Dafi dalam Instagram mendoakan peluang cerah untuk bapanya dengan kata-kata, "Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berjaya kepada calon P090, papa saya. kami sayang papa dan sokong sepenuhnya usaha papa. (would like to wish good luck to calon P090, my papa, @ismailsabri60 …we love u & fully support u… just keep doing what u do best.)

"All the best jugak untuk semua calon2 lain yang akan bertandin,g tak kira dari team mana pun. Semoga kita semua akan lalui this round dengan semangat bersaing yang positive. Semoga semuanya akan dipermudahkan & lancar. Hormati pilihan orang lain, sama macam mana kita pun nak orang hormati pilihan kita jugak..hak masing2…all the best Malaysia! #PRU15" katanya.



Dafi ketika berinteraksi dengan peminatnya berkata, dia tidak perlukan sokongan politik kerana dia muncul dalam siaran langsung itu bukan sebagai ahli politik dan hanya menumpang sekaki dalam kempen papanya. Malah dia turut menerima kritikan peminatnya secara terbuka.

Dia kemudian menyebut "baik punya' ketika seorang peminatnya meminta hashtag (tanda pagar) yang digunakan ketika dia menyertai Akademi Fantasia.



Sementara kakaknya, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang turut memberi sokongan padu kepada bapanya dengan memakai seragam lengkap baju berwarna biru, bertulis DSIS memuat naik ucapan selamat hari jadi ke-61 kepada ibunya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang menyambut hari lahirnya pada 12 November 2022 lalu.

Nina yang juga isteri pereka fesyen terkemuka Datuk Jovian Mandagie mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana melahirkannya di dunia ini sambil memberitahu,"Ibu tahukan saya sangat-sangat menyayangi ibu. Semoga Allah sentiasa merahmati Ibu."



Yiulin's dalam komennya turut mengucapkan Happy birthday Aunty!! 😍😍😍

Edabinafsha pula memberitahu, "Ni baru contoh yang baik. Sikap dan kelaku@adab baik. Humble. Bukan macam sesetengah anak calon yang over menyanyi over bercakap lepas,  over nak bertanding perwakilan. Anyway, beautiful both of u. Happy birthday datin Sri."

Home_09_01 pula terkejut apabila melihat gambar Nina bersama ibunya, "Ya Allah. Tak nampak macam mother and daughter. Nampak mcm rakan sebaya." sambil  xbubugrxcex_juga komen, "Tak mungkin usia 61 tahun ni. Dia nampak macam you (Nina). (How can thisss 61yrs old. She look like justtt like youuuuu)."

Kemudian komen itu disokong oleh shiedasukor yang tulis, "Macam adik beradik." sambil beberapa netizen lain berkata, wow datin kelihatan sangat cantik. 

Menerusi Instagram Nina Sabril Ismai, Nina yang terkenal sebagai ahli perniagaan yang memilik produk perawatan rambut turut memaparkan momen bahagian bersama ayahnya. - KitaReporters


12
12
0
14
0

Copy Link: