Empat daripada sembilan haruman eksklusif sabun pencuci Dolive, yang berkonsepkan empat dalam satu untuk bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria, telah mendapat sijil halal JAKIM. 


RIBUAN perniagaan gulung tikar dan ratusan ribu orang hilang pekerjaan angkara pandemik Covid-19. Sejak wabak menyerang awal tahun 2020, ramai yang sanggup berbuat pekerjaan apa sahaja bagi memastikan beroleh pendapatan demi kelangsungan hidup.

Bagaimanapun pasangan usahawan Nurul Hassrah Mohd Khori, 30, dan Mohd Hafiz Arbaee, 34,  dianggap bertuah kerana memilih perniagaan yang dianggap kalis Covid-19 tepat pada masanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sabun

Nurul Hassrah Mohd Khori dan Mohd Hafiz Arbaee bersama peroduk cecair pencuci mereka.


“Kami memulakan perniagaan sendiri dengan menjual cecair pencuci (sabun) pakaian pada tahun 2018. Ketika baru mahu menapak, seluruh negara malah dunia terkesan dengan pandemik Covid-19. 

“Sama seperti orang lain kami juga bimbang dengan situasi melanda kerana perniagaan ini digerakkan melalui lantikan pengedar. Bermakna, selain mencari pendapatan sendiri, banyak kepentingan lain yang memerlukan perhatian,” ujar Nurul ketika ditemu bual secara dalam talian dari Bukit Serdang, Selangor baru-baru ini.


Nurul Hassrah Mohd Khori berjaya membentuk rangkaian pengedar sabun pencuci Dolive di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Nurul Hassrah dan suami Mohd Hafiz dianggap bertuah kerana memilih perniagaan yang dianggap kalis Covid-19 tepat pada masanya. 

Ironinya selepas tempoh hampir dua tahun pandemik, jualan perniagaan mereka melonjak hampir  50 peratus dan pengedar menambah unit bekalan. 

“Berlaku peningkatan jualan dua kali ganda dan pencapaian ini membanggakan bagi syarikat kami yang masih hijau operasinya,” ujarnya.

Sungguhpun menganggap perniagaan yang dijalankan umpama rezeki terpijak namun pasangan ini terlebih dahulu sudah diuji dengan jalan penuh rintangan pada awal usia perkahwinan.


Kredit foto: FB Sabun Dolive HQ


“Kami berkahwin dalam usia yang masih muda dengan tidak ada pekerjaan yang baik.  Banyak kenangan pahit yang saya anggap pengalaman berguna dan berharap menjadi inspirasi kepada pasangan lain. 

Bagi menyara hidup, suami bekerja sebagai pemandu dan saya kelindan lori kepada syarikat penghantaran jenama minuman popular kepada 45 buah kedai di seluruh Lembah Klang.

“Jadual pekerjaanya bermula seawal 4.30 pagi sehingga 1.30 pagi setiap hari namun gaji  belum cukup untuk membayar sewa rumah. Jadi untuk menghilangkan lelah kami tidur dan berehat dalam lori. Kami juga pernah tinggal dalam kontena belakang rel kereta api dan pada satu ketika diminta keluar sebaik menjelang subuh apabila menumpang tidur di rumah saudara.

“Banyak lagi kenangan yang sangat menginsafkan bagaimana pedihnya meneruskan hidup tanpa sumber kewangan yang kukuh, “ ujarnya sebak.



Selepas itu Nurul membantu suami menjadi pengedar utama kepada produk pencuci pakaian dengan sebuah syarikat. Mereka bermula menjual di tapak-tapak ekspo atau di tepi pintu masuk pasar raya.

“Memang perlu kuat dan kami sanggup sumbat kereta kancil dengan 50 botol pencuci pakaian namun  kancil tu tetap teguh dan setia membawa kami ke mana-mana destinasi untuk berniaga,” katanya.

Tambahnya, sinar hidup semakin cerah malah pada satu peringkat ketika bergelar pengedar utama kepada syarikat tersebut dia membantu mencapai RM8 juta jualan setahun. Bagaimanapun disebabkan sistem pengurusan kurang cekap mereka nekad berundur.



“Pengalaman yang kami raih sepanjang menjadi pengedar utama dan hasil daripada  

didikan ilmu yang dipelajari sepanjang setahun belajar bersama-sama mentor kami serap dalam perniagaan sekarang.

Syarikat Fresh Expert Sdn Bhd ditubuhkan pada 2018 di sebuah rumah kedai yang dijadikan bengkel  pemprosesan cecair pencuci pakaian di utara tanah air. Kami namakan Dolive (do-live) dengan motto,  Dolive – Change Your Life.  

"Apabila perniagaan berkembang kami membuka kilang di Bukit Serdang, Selangor. Sebanyak 100,000 botol Dolive sebulan habis diedarkan. Kami menyasarkan jualan mencapai RM8 juta sehingga hujung tahun ini (2021),” katanya.



Tambahnya sambutan terhadap Dolive yang dijual dalam botol seberat 10 liter berharga RM30,  disokong hampir 1,000 pengedar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Semua pengedar kami tidak mempunyai masalah untuk melakukan penghantaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka diberikan surat kebenaran penghantaran daripada  syarikat dan Kementerian Perdagangnan Antarabangsa dan Industri  (|MITI) yang selalu dikemaskini,” katanya.

Katanya, pencuci Dolive berkonsepkan empat dalam satu yang bertindak sebagai pencuci, pewangi, pelembut dan antibakteria. Didatangkan dengan sembilan haruman eksklusif dan dihasilkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang teliti.

“Produk  ini juga  telah mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan menyasarkan sejuta botol sebulan pada masa hadapan. Jumlah ini mampu dicapai memandangkan komitmen pengedar dan keyakinan pelanggan terhadap Dolive yang berkualiti.

Misi Dolive adalah melahirkan usahawan bertaraf  jutawan sabun pencuci. Pintu kilang kami sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang terkesan sepanjang pandemik. Jika ingin menambah pendapatan dan bersama-sama wakil jualan sabun Dolive sangat dilu-alukan,” ujarnya. - KitaReporters


Kredit foto: FB Sabun Dolive HQ

2
0
0
0
0

Copy Link: