Video| Auw! Gadis cantik SPG jadi jurujual haiwan korban! Walapun dibantah tapi tetap berterusan!
Published byPersaingan sengit dalam melariskan jualan memerlukan pemilik pusat jualan korban kreatif untuk memberi layanan terbaik.

Ini kerana jika haiwan korban masih tidak terjual dalam tempoh 4 hari bermula daripada selepas sembahyang sunat Aidiladha pada pagi 10 Zulhijah (27 Mei 2026) sehingga waktu maghrib 13 Zulhijah (30 Mei 2026), ia akan merugikan pemilik pusat jualan.
Ini kerana haiwan-haiwan yang dijual untuk tujuan korban akan turun nilainya jika tidak terjual pada musim Aidiladha tahun itu.
Justeru, salah satu cara untuk memikat pembeli haiwan korban ialah dengan menggunakan wanita cantik dan muda untuk menjadi jurujual atau lebih dikenali sebagai SPG (sales promotion girls).


Haiwan korban meliputi lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.
Para SPG juga perlu memandi, menguruskan najis dan memberi makan haiwan korban selain menggunakan kepetahan bercakap dan bergaya untuk memikat pembeli terutama golongan lelaki.

Contohnya pusat jualan haiwan popular Haji Doni di Depok, pinggir Jakarta.
Jika pada tahun 2025, menggunakan gadis-gadis berpakaian koboi, bagi Aidiladha 2026, ia pula menggunakan wanita cantik berpakaian pramugari untuk menjual haiwan korban.

Sementara itu di Daerah Khusus Yogyakarta, sejumlah pemilik pusat haiwan korban menggunakan khidmat wanita-wanita cantik yang merupakan pelajar universiti.



Walaupun kerja sebagai SPG untuk tempoh beberapa minggu sahaja, ia masih menjadi sumber pendapat selesa bagi wanita-wanita terbabit walaupun terpaksa menghidu bau najis haiwan korban ketika menjalankan tugas.
Selain diberi elaun khas, mereka juga akan diberi sehingga 20 peratus hasil jualan haiwan korban.
Terdapat bantahan terutama daripada golongan agamawan kerana tidak sesuai memandangkan terdapat SPG-SPG cantik dan menawan sehingga berpakaian seksi, malah ada dipercayai SPG itu bukan Islam.
