Berita Terkini| Jumlah kes harian Covid-19 kembali melonjak! 1,767 kes baharu, Sarawak tinggi!

Published by
KitaReporters


JUMLAH kes baharu Covid-19 tidak menunjukkan tanda penyusutan sebaliknya kembali melonjak apabila sebanyak 1,767 kes baharu dilaporkan pada Selasa 13 April 2021, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 363,949 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri Sarawak mencatatkan pertambahan kes harian tertinggi dengan 607 kes.

Manakala tiga lagi negeri turut melaporkan pertambahan kes baharu tiga angka ialah Selangor dengan 483 kes diikuti Kuala Lumpur (132) dan Sabah (117).

Negeri lain mencatatkan pertambahan kes dua angka iaitu Pulau Pinang (92); Johor (74); Kedah (39); Perak (36); Negeri Sembilan (29); Melaka (17); Pahang (14) dan Terengganu (13).

“Dua negeri lain ialah Putrajaya dengan tujuh kes baharu serta Labuan tiga kes. Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya menerusi ciapan Twitter rasmi,  pada Selasa 13 April 2021.

Sementara itu wilayah Labuan yang tidak mencatatkan sebarang kes terbaharu, mencatatkan dua kes pada Selasa 13 April 2021 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif di Labuan ialah sebanyak 2,414 kes. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters



Seorang pesakit Covid-19 menerima rawatan di sebuah hospital kerajaan. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.

0
1
0
0
0

Copy Link: