Berita palsu tular! Tiada kes baharu COVID-19 di Terengganu!

Published by
KitaReporters

PENYEBARAN berita palsu yang tular dalam media sosial yang mengaitkan Terengganu kini mempunyai kes baharu  COVID-19 memberi kesan negatif kepada masyarakat kerana bimbang dengan wabak berkenaan kembali aktif di negeri ini. Penduduk yang sudah selesa berada dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sememangnya tidak ingin kembali berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana dialami pada Mac 2020 lalu. : KitaReporters

Grafik status COVID-19 di negeri Terengganu pada 21 Julai 2020 yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Walaupun gembira dengan keadaan sekarang, namun manjoriti penduduk tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang terhadap risiko jangkitan berikutan laporan peningkatan terbaharu kes COVID-19 di negara ini.

Berita mengenai seorang penduduk di Kampung Padang Jambu, Dungun, Terengganu yang dikatakan baru balik dari Cameron Highlands dan positif COVID-19 sememangnya menggerunkan lagi rakyat negeri ini.

Berita yang tular dalam media sosial dinafikan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah tampil menafikan penyebaran berita berkenaan dan mengesahkan tiada kes baharu COVID-19 direkodkan di negeri ini.

Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiada kes COVID-19 dikesan di kampung terbabit seperti mana yang ditularkan dalam media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus  


Walau bagaimanapun, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Dungun ada menerima notifikasi seorang remaja perempuan yang mempunyai gejala Influenza Like IIIness (IKI) pada 19 Julai 2020.

Katanya, remaja terbabit telah diberikan rawatan dan dimasukkan ke  Hospital Hulu Terengganu untuk pemantauan lanjut.

Dr Azimi berkata, Ujian PCR bagi pengesan COVID-19 telah dijalankan dan hasil keputusan yang diperolehi pada 21 Julai 2020 adalah negatif.

“Pihak jabatan amat menghargai keprihatinan masyarakat dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan media pada 21 Julai 2020.

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu


Katanya, segenap lapisan masyarakat digesa untuk meningkatkan kawalan kendiri serta tidak merasa selesa dan alpa terdapat risiko jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Kenyataan Media Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu 


Namun, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan berita dari sumber yang sahih dan betul sebelum menyebarkannya agar tidak menimbulkan kegusaran dan suasana panik dalam kalangan masyarakat. - KitaReporters

2
0
0
1
0

Copy Link: