LAZIMNYA pasangan yang ingin mengikat janji untuk hidup semati pasti mengenali hati budi sendiri, bercinta dan barulah bersetuju untuk disatukan.

Bagi yang diperkenalkan pula, pasti mereka akan bertemu dan berkenalan juga sebelum diijabkabulkan.

Namun berbeza dengan 22 pasangan dari Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sodoarjo, Indonesia apabila kesemua pasangan berkenaan diijab kabul tanpa mengenali pasangan masing-masing.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan


Mengejutkan lagi apabila mereka hanya diperkenalkan pasangan masing-masing selepas selesai majlis ijab kabul pada hari istimewa berkenaan.

Ketua pondok berkenaan, Syaiful Bakri berkata, majlis yang diadakan sejak 35 tahun lalu berlaku tanpa paksaan daripada kedua-dua pihak.

Malah pihaknya menganjurkan majlis berkenaan di setiap lima tahun sekali dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan di sekolah pondok berkenaan yang cukup umur dan menyatakan hasrat untuk berumah tangga. 

“Majlis pernikahan ini merupakan kali yang ketujuh diadakan secara meriah dan dalam kuantiti yang besar di sekolah pondok berkenaan.



Kata Syaiful lagi, setiap pasangan yang dinikahkan hanya akan berkenalan dengan pasangan masing-masing selepas selesai majlis ijab kabul diadakan.

“Hal ini tidak memberikan masalah kepada psangan berkenaan kerana mereka bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang dijadikan suami dan isteri mereka,” katanya. 

Kongsi Syaiful lagi, sehingga kini kira-kira 250 pasangan berjaya dinikahkan dan merka kini hidup aman dan bahagia.

Jelas Syaiful lagi, selepas pelajar berkenaan selamat diijabkabulkan mereka akan diberikan bilik khas sebelum berangkat ke cawangan sekolah pondok di luar daerah.

Kesemua mereka akan melayari bahtera perkahwinan masing-masing selain membantu operasi pengajian pondok di cawangan lain. - KitaReporters


 

 

 

 

10
16
0
11
0

Copy Link: