Pelajar ikat guru, kerani pada pokok sebelum dipukul! Angkara gagal peperiksaan! Untuk balas dendam!

Published by
KitaReporters

Gambar hiasan


LAZIMNYA hubungan murid-murid dengan guru akan berkekalan dan terus disanjung!

Biarpun sudah bergelar bekas anak didik namun penghormatan dan sanjungan kepada individu berkenaan tetap tidak berganjak. Malah gelaran keramat cikgu itu juga dipegang sehingga hujung usianya.

Tetapi di Dumka, sebuah daerah di bandar Jharkhand, India sangat mengejutkan apabila sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di bandar tersebut tergamak bertindak zalim terhadap sorang gurunya dan kakitangan sekolah berkenaan.


Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan penganiayaan diikat


Sekumpulan pelajar berkenaan didakwa mengikat seorang guru lelaki yang bertanggungjawab mengajar matematik dan seorang lagi kerani sekolah di sebatang pokok sebelum memukul mereka.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas mereka dipercayai memberikan markah rendah dalam peperiksaan amali kelas 9, sekali gus menyebabkan kesemua pelajar berkenaan gagal.



Malahdaripada 32 keseluruhan pelajar sekolah berkenaan, 11 daripada dikatakan mendapat gred DD iaitu dalam peperiksaan kelas 9 yang diumumkan oleh Majlis Akademik Jharkhand (JAC).

Memetik laporan NDTV, insiden yang berlaku 1 september 2022 lalu berlaku di sebuah Sekolah Kediaman Kerajaan di kawasan polis daerah Gopikandar

Kejadian berkenaan menjadi tular selepas dimuat naik dalam media sosial, namun mangsa yang juga guru dan kerani langsung tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa. 

Polis di Balai Polis Gopikandar, Nityanad Bhokta berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan kerana pengurusan sekolah tidak memberikan sebarang aduan bertulis.



Namun mulianya guru berkenaan yang masih tidak menyimpan dendam terhdap perbuatan anak-anak didik kerana bimbang akan menjejaskan masa depan pelajar itu.

Dalam pada itu, Pegawai Pembangunan Gopikandar, Anant Jha memaklumkan, pihaknya sudah pergi ke sekolah terbabit bersama pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.

Lebih mengejutkan, sekolah yang memiliki hampir 200 pelajar dikatakan sepakat untuk melakukan tindakan berkenaan kepada guru sebagai tanda membalas dendam.

Semoga semua yang terlibat diberikan denda sebagai pengajaran terhdap tindakan yang dilakukan kepada gurunya. - KitaReporters


 

 

15
10
0
6
0

Copy Link: