Pemantauan akan dilakukan berkala mengikut jadual dan aduan awam. - Kredit Foto agendadaily.com


Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bukan sahaja ditugaskan memantau aktiviti geng 'plastik hitam' yang ponteng puasa tetapi bersedia juga mengambil tindakan ke atas premis yang bersekongkol menjual makanan kepada golongan berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pemantauan akan dilakukan secara berkala mengikut jadual ditetapkan selain membuat operasi berdasarkan aduan.


Kredit foto: Freemalaysiatoday.com


“Kita bukan sahaja menjalan pemantauan tetapi bakal mengenakan tindakan undang-undang kepada premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu,” katanya di Putrajaya, pada 13 April 2021.

Berdasarkan Seksyen 15 Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, menjual atau secara terbuka makan dan minum atau seumpamanya boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.

Manakala bagi  kesalahan kedua atau berikutnya, individu berkenaan boleh didenda sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

 

0
0
0
0
0

Copy Link: