TRAGEDI yang menimpa  bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain telah menggemparkan negara dan memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan masih lagi menjadi tanda tanya walaupun ke sudah ditutup dan pesalah sudah dijatuhkan hukuman .

Kisah pilu Zulfarhan mendapat perhatian aktivis masyarakat, Ebit Lew yang meluangkan masa menziarahi ibu bapa arwah di Skudai, Johor dan menunaikan niatnya kepada pasangan itu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew

Kredit foto: NST


Menariknya kunjungan ustaz kesayangan ramai itu sempena hari lahir arwah Zulfarhan yang ke-25.

Walaupun empunya badan sudah tiada di dunia fana  namun kehadiran tersebut disambut meriah selain membawa makna besar kepada ibu bapanya bekas Pegawai Kadet Laut (UPNM).




Sementara itu, Ebit pula ketika kunjungan itu baru mendapat tahun arwah merupakan juniornya di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Perkongsian berkenaan dimuat naik Ustaz Ebit di Facebooknya baru-baru ini.

Menurut Ebit, dia melahirkan rasa sebak ketika menziarahi ibu bapa arwah Zulfarhan yang banyak mengenangkan perjalanan  hidup anak lelaki sulung pasangan berkenaan.

"Selepas subuh tadi saya terus ke Skudai, Johor. Hari ini hari lahir arwah. 29 Nov. Saya niat hadiahkan tiket dan pakej umrah buat mak ayahnya Disember ini. 



"Syukur mereka gembira menerimanya. Segala puji bagi Allah. Menangis gembira terutama hari lahir arwah Farhan. Terasa macam anaknya sentiasa ada dekat.

"Berat ujian mereka kehilangan anak tersayang. Arwah Zulfarhan rupanya Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Sekolah saya dulu. Maknanya junior saya dulu," kongsi Ebit dalam Facebooknya.


Ketika pertemuan berkenaan ibu bapa Zulfarhan bercerita anaknya pernah bercita-cita  membawa kedua-dua orang tuanya ke Tanah Suci,"ujar ustaz Ebit lagi.

"Beliau anak yang baik. Anak sulung bercita-cita nak bawa keluarga pergi haji umrah. Kata maknya tempat duduk ustaz tu tempat arwah berehat selalu. 

"Sepanjang berbual dalam senyuman kedua-dua ibu bapanya asyik mengalir air mata. Sempat ziarah sekolah tempat maknya bekerja berjumpa guru dan rakan pejabatnya. Ayahnya bekerja bawa teksi. Baik sangat kedua-dua mak ayahnya. Lemah lembut orangnya," kongsinya.



Sepanjang kehadiran itu ibu bapa sering tersenyum mengenangkan anaknya namun ada ketikanya mereka mengalir air mata mengenangkan kisah yang berlaku kepada anak kesayangan pasangan berkenaan.

Malah dalam kunjungan berkenaan Ustaz Ebit turut dibawa menziarahi sekolah dan juga tanah perkuburan Zulfarhan. 

Di kesempatan itu, penceramah bebas terkenal ini berdoa agar kedua-dua ibu bapa Zulfarhan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kekuatan melalui ujian hidup yang diakui sangat berat.



Sementara itu, kehadiran Ustaz Ebit ke kediamannya memberi makna tersendiri kepada ibu bapa arwah Zulfarhan,  Zulkarnain Idros dan Hawa Osman kerana pada tarikh yang sama mereka menyambut kelahiran anak sulung, Zulfarhan, 25 tahun lalu.

Sempena ulang tahun kelahiran penuntut kejuruteraan elektrikal tahun ketiga di UPNM itu, Ebit memberikan hadiah bermakna berupa tiket dan pakej umrah buat Zulkarnain dan Hawa, seperti yang dicita-citakan Zulfarhan ketika hayatnya.

Malah Ebit sempat mendoakan kekuatan dan ketabahan kepada kedua-dua orang tua Zulfarhan menghadapi ujian hidup ini dan diberi kesihatan yang baik buat keduanya dan adik-adik arwah Farhan. - KitaReporters


6
11
0
15
0

Copy Link: