Sukarelawan Muszleem Malaysia menyantuni seorang penghuni yang tinggal di bangsal buruk bagi menyerahkan kotak infak makanan.


BUKAN mudah untuk mengekalkan status sesebuah badan bukan kerajaan (NGO) sehingga boleh merentasi sempadan antarabangsa, apatah lagi untuk mendapatkan keyakinan orang ramai terhadap peranan dan tanggungjawab yang dijalankan untuk faedah dan kepentingan masyarakat. 

Pertubuhan Muslim Sejahtera Malaysia atau lebih dikenali dengan Muszleem Malaysia adalah antara NGO yang aktif di negara ini dalam usaha membantu masyarakat tanpa mengira batasan politik, kedudukan dan tempat.


Lagi cerita-cerita berkaitan NGO Muszleem Malaysia

Sebuah rumah milik penduduk di Kampung Lapang Kotak, Jertih  yang mendapat perhatian Muszleem Malaysia untuk dibaik pulih.



Kebanyakan NGO muncul ketika pandemik COVID-19 melanda negara apabila pelbagai NGO tampil turun padang membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak berkenaan pada awal 2020. 

Bagaimanapun, Muszleem Malaysia mempunyai sejarah amat unik apabila asas penubuhannya bermula pada 2013 apabila Imam Muda Jaabar menjemput Pengerusinya Ahmad Fadzli Fauzi ke Kemboja untuk menyertai rombongan korban.


Norhanis Basir


Pengurus Besar Muszleem, Norhanis Basir berkata, ketika rombongan berada di negara tersebut, mereka telah dibawa menziarahi perkampungan orang Islam yang hidup dalam keadaan daif malah ramai yang terpaksa tinggal di dalam sampan kerana kemiskinan

Katanya, akibat hidup melarat penduduk Islam di situ telah memohon bantuan Ahmad Fadzli untuk membina perigi wakaf dan membina sekolah agar syiar Islam terus bersinar di Kemboja.

Selepas selesai korban dan pulang ke tanah air, pengerusi kami telah menjemput beberapa orang sahabat beliau dan menubuhkan Muszleem,” katanya.

Sejak itu, katanya, Muszleem aktif dan berperanan membantu rakyat negara ini yang memerlukan apa sahaja bentuk bantuan.


Sukarelawan Muszleem Malaysia meninjau sebuah rumah asnaf yang uzur untuk dibaik pulih


Norhanis berkata, antara aktiviti yang dijalankan oleh pertubuhan itu termasuklah perigi wakaf, Quran Wakaf, pembinaan madrasah Darul Quran, program korban dan akikah, infak guru agama, tangki wakaf dan kotak infak.

Pertubuhan itu yang beroperasi di sebuah pejabat di Kampung Padang Landak, Jertih, Terengganu, mempunyai organisasi yang lengkap untuk mengurus dan operasi termasuk melantik pegawai khas bagi mengetuai setiap unit.

”Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari tidak dibayar gaji atau elaun oleh Muszleem. Bagaimanapun hanya pegawai-pegawai sahaja yang dibayar gaji,” katanya.


Seorang warga emas menerima kerusi roda sumbaangan Muszleem Malaysia


Menurut Nurhanis, sejak pandamik melanda negara, pihaknya sudah menyalurkan lebih 5,000 kotak infak yang mengandungi barangan keperluan dapur kepada orang ramai di seluruh negara yang terkesan dengan COVID-19.

Bukan itu sahaja, katanya, pihak Muszleem juga turut membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan membaik pulih rumah, menyediakan pam air, menyediakan motosikal roda tiga kepada peniaga kecil dan apa sahaja bentuk bantuan yang diperlukan orang ramai.


Kotak Infak makanan untuk diagihkan kepada asnaf 


“Alhamdulilah usaha kami sentiasa mendapat sokongan dan sumbangan daripada pihak swasta, individu dan ahli koporat yang meyalurkan sumbangan untuk membantu golongan yang terjejas,” katanya. 

Orang ramai yang ingin berkongsi bantuan dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Muszleem di Maybank bernombor 563046325663 atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohamad Izzat 018-9091687. - KitaReporters  


2
1
1
0
0

Copy Link: