GOLONGAN Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah mendapat peluang pekerjaan atau kemudahan awam untuk mereka dari aspek pekerjaan kerana tiada kesedaran bagi memfokuskan kepada mereka walaupun mempunyai kelebihan yang luar biasa.

Tular dalam Twitter, seorang pemuda yang berkongsikan kisahnya memohon kerja sebagai barista di sebuah cawangan kedai kopi. Namun disebabkan masalah pendengaran yang dialami, mereka menyatakan bahawa jawatan barista ini telah pun ditutup secara tiba-tiba.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan OKU



Hairul berkongsi kisah terkilannya ini dalam Twitter, kerana merasakan bahawa dirinya didikriminasi selepas individu yang bertanggungjawab untuk pengambilan itu tidak membalas mesejnya

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut.

Disebabkan itu, rata-rata netizen yang membaca ciapan Hairul merasakan kejadian seperti ini tidak patut terjadi lagi kepada golongan OKU di luar sana. Golongan OKU juga adalah manusia, jangan didiskriminasi mereka.



Oleh sebab kejadian ini, pihak pengurusan Zus Coffee dan pihaknya telah memohon maaf atas cara komunikasi yang kurang baik sehingga menyebabkan salah faham.



Malah, pihak Zus Coffee bertanggungjawab sepenuhnya atas layanan yang diterima oleh Hairul dan mengambil serius perkara ini kerana pihaknya tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan.

Difahamkan, pihak Zus Coffee ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung isu yang berlaku dan juga akan melaksanakan training yang lebih baik dalam kalangan pekerja bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi lagi. - KitaReporters


12
16
0
13
0

Copy Link: