ADA umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha dengan menyertai ibadat korban dan akikah di Mekah yang dianjurkan oleh Inapan Siswa (Inasis) Petronas dan Sime Darby (PetroSD) Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Ibtisam Qurban dan portal KitaReporters baru-baru ini.

Pengetuanya Mohd Fairus Abd Majid berkata, penganjuran julung kali di luar negara ini dianjurkan selepas perbincangan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) PetroSD dengan pihak Ibtisam Qurban dan Katering yang telah beroperasi lebih 20 tahun di Arab Saudi.

Katanya, program Qurban dan Aqiqah 1442H Bersama Ibtisam Catering di Mekah ini ialah bagi membantu fakir miskin di sana terutama mereka yang terjejas akibat COVID-19.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM

Peserta Korban Haji Mohd Fairus Abd Majid (kiri) menyerahkan borang penyertaan kepada wakil Ibtisam Qurban.



“Kami bersetuju untuk menganjurkan korban dan akikah di sana selepas dimaklumkan mengenai kehidupan mereka yang sebelum ini rata-rata yang bekerja di sektor perhotelan, pengangkutan, restoran-restoran, pembantu kedai dan lain-lain terputus pendapatan akibat COVID-19,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu Pengurus Ibtisam Qurban dan Katering Sulaiman Ismail berkata, pihaknya bersetuju untuk menganjurkan korban dan akikah secara bersama dengan UUM memberi peluang kepada penduduk Malaysia yang berhasrat untuk menyertai ibadat korban dan akikah tersebut di Mekah.

“Hubungan saya dengan staf UUM bukan baru dan kami telah menjalinkan kerjasama ini lebih 11 tahun lalu ketika berjumpa di Mekah,” katanya.


Sulaiman yang berasal dari Malaysia sentiasa bekerjasama dengan NGO di negara ini untuk membantu kalangan belia khususnya.


Pengurusan Ibtisam Qurban Sulaiman Ismail bersama kambing yang telah dikorbankan.


Sulaiman menambah ibadah korban dan akikah yang dianjurkan mereka bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada berniaga sambil beribadah.

Katanya lebih 20 petugas bertanggungjawab untuk menyembelih 169 kambing dan unta,  yang kemudian melapah, membungkus, memasak dan mengagihkan daging serta masakan kepada fakir miskin di kawasan Nakasah, Subahani, Waliahd dan Sogiyah di Mekah.


Staf Ibtisam Qurban bersedia memilih unta untuk dikorbankan.


Kambing-kambing yang akan dikorbankan oleh Ibtisam Qurban.


Senarai peserta korban dibacakan sebelum penyembelihan unta.


Sementara itu penyelaras program Samsudin Oli Mohamed berkata, penyertaan program ibadat korban dan akikah ini mendapat penyertaan daripada penduduk Malaysia. 

“Pada tahun ini, pihak kami memilih Mekah sebagai tempat korban dan akikah kerana ramai pekerja dari Sudan, Myanmar, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Thailand perlu dibantu kerana pendapatan mereka terjejas,” katanya lagi.

Semua urusan korban dan akikah dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19 demi kebaikan semua pihak.


Staf Ibtisam menyediakan nasi bersama kambing dan unta yang dikorbankan.


Nasi yang dimasak dengan daging korban untuk diagihkan kepada fakir miskin.


Arab Saudi buat tahun kedua berturut-turut tidak membuka ibadat haji kepada jemaah antarabangsa kerana pandemik COVID-19 yang belum reda.

Tahun ini, hanya 60,000 penduduk di negara itu termasuk rakyat dari 149 negara termasuk Malaysia yang sudah menetap lama diizinkan melakukan ibadah haji.

Kesemua peserta yang menyertai korban dan aqiqah telah menerima video semasa korban dijalankan, manakala sijil penyertaan pula akan dihantar oleh pihak penganjur.

Moga tahun-tahun akan datang lebih ramai peserta akan menyertai program korban dan akikah bersama Ibtisam Qurban, Inasis PetroSD dan KitaReporters ini. - KitaReporters


Daging korban dan makanan mula diagihkan.


Pekerja berhampiran Masjidil Haram turut menerima agihan nasi serta daging korban dan aqiqah.


Pengurus Ibtisam Sulaiman Ismail (berdiri, tiga dari kanan) bersama petugas korban dan akikah.

2
0
0
0
0

Copy Link: