Nak hadiahkan haji untuk mak ayah? Badal haji kini dibuka! Pilih pakej standard atau pakej premium!
Published byUmat Islam kini mempunyai peluang untuk menghadiahkan ibadah haji kepada ibu bapa atau insan tersayang menerusi perkhidmatan Badal Haji musim 1447H/2026M yang dibuka oleh As-Safa Travels & Tours Sdn Bhd.
Inisiatif ini memberi ruang kepada waris untuk menyempurnakan rukun Islam kelima bagi pihak mereka yang telah meninggal dunia atau tidak berkemampuan akibat faktor kesihatan dan keuzuran.

Pengasas As-Safa Travels & Tours, Md Roslan Mohammad Jaafar berkata, pelaksanaan Badal Haji dilakukan oleh individu berkelayakan yang telah menunaikan haji untuk diri sendiri serta memahami segala rukun dan syarat ibadah dengan sempurna.
“Ini adalah peluang untuk berbakti kepada ibu bapa dan keluarga, selain memperoleh ganjaran pahala yang berpanjangan,” katanya.


Menurut beliau, dua pakej ditawarkan iaitu pakej standard pada harga RM3,990 dan pakej premium RM4,500 yang turut menyediakan sijil pengesahan, air zamzam serta cenderahati.
Tambahnya, setiap pelaksanaan ibadah akan disertakan dengan dokumentasi lengkap sebagai bukti kepada pelanggan.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Md Roslan menerusi talian +60 10-222 8085. - KitaReporters

Md Roslan Mohammad Jaafar
