SUDAH jatuh ditimpa tangga. Sudahlah anak dilahirkan pramatang dan disahkan menghidap kompilasi jantung, sepasang suami isteri ditambahkan satu lagi diuji iaitu tidak cukup wang untuk membayar baki duit bersalin dan perubatan anaknya yang sehingga kini masih "ditahan" di Hospital Shah Alam.

Bekas Pensyarah Komunikasi Massa Universiti Teknologi Mara (UTIM) Hariyati Ariffin yang juga kenalan baik suami isteri yang berasal dari Indonesia itu, berkata mereka memerlukan RM5,000 lagi bagi menjelaskan baki hampir RM10,000 yang dikenakan oleh pihak hospital kerana isterinya bersalin dalam keadaan tidak normal itu.

Beliau yang juga bekas wartawan memberitahu KitaReporters, pihak hospital hanya memberi tempoh sehari saja lagi untuk mereka membayar wang berkenaan untuk "melepaskan" bayi bernama Halimaton Saadiah Anang, 2 bulan. Jika tidak, pihak hospital akan membuat tindakan lanjut.



"Besar harapan mereka memohon jasa baik sesiapa saja untuk membantunya mengeluarkan anak itu dari Hospital Shah Alam yang kini ditahan kerana beliau dan isterinya tidak cukup wag untuk membayar bil rawatan," kata Hariyati yang kini sudah berjaya mengumpul hampir RM2,000 sebelum tarikh ditetapkan tamat.

Kata Hariyati, isteri Anang telah bersalin anak pramatang hampir dua bulan lalu. Kos untuk mengeluarkan isterinya di hospital telah dilunaskan. 

Beliau agak kesal kerana tempoh yang diberikan itu tidak mencukup kerana Anang sudah berhempas pula mencari duit termasuk meminjam daripada saudara mara, rakan terdekat yang sudah separuh bayaran itu dapat dijelaskan.

"Saya tolong kerana mereka datang meminta bantuan dan saya buat pun atas dasar perikemanusiaan kerana mereka beragama Islam. Saya bimbang anak kecil ini akan terlepas ke tangan orang lain.

"Lagipun, ini kan bulan Ramadan, bulan mulia," katanya.


Halimaton Saadiah Anang, 2 bulan.


Bagaimanapun bayaran untuk anak yang ditahan di hospital kerana lahir pramatang dan mengalami kompilasi jantung telah meningkat sejak sebulan lalu. 

Beliau mengalami masalah kewangan yang sangat hebat ketika ini kerana ada tiga lagi anak yang perlu diberi makan di rumah. Anang bekerja hanya sebagai pekerja buruh dan isterinya mengambil upah mengemas rumah jiran-jiran yang bayaran tidak menentu.

Sehingga 27 March 2024, bil berkenaan sudah mencecah hampir RM5 ribu. Beliau sangat berharap ada insan-insan berhati mulia tampil membantunya. 

Beliau sudah putus harapan dan tidak tahu hendak buat apa kerana sudah banyak mengeluarkan duit untuk bayaran rawatan isterinya bersalin. 

Jika ada yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun bank Maybank Hariyati Ariffin bernombor 1142 5303 2646 kerana buat sementara waktu beliau menjadi pemegang amanah sementara sehingga semua kutipan mencukupi.  - KitaReporters


13
7
1
14
0

Copy Link: