PELAJAR-PELAJAR merandong air sungai sejauh lebih 2 kilometer untuk program Khidmat Masyarakat  dengan mengutip dan mengumpulkan sampah sarap yang hanyut di sungai di kawasan perkelahan di Kampung Ulu Legong, Baling.


SERAMAI 28 pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muazam Shah (UniSHAMS) di Kuala Ketil melakukan khidmat masyarakat dengan aktiviti memungut sampah sarap yang hanyut di dalam sungai di Kampung Ulu Legong, mukim Siong di Baling, Kedah.

Seramai 18 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan terlibat melakukan aktiviti tersebut yang meliputi laluan sungai sejauh hampir 2 kilometer.

PELAJAR-PELAJAR yang terbabit dalam aktiviti Khidmat Masyarakat di Kampung Ulu Legong, Baling.


Ahli jawatankuasa unit perhubungan luar pelajar universiti berkenaan, Hisyam Ishak, 23, memberitahu KitaReporters, aktiviti berkenaan dilakukan untuk subjek khidmat masyarakat.
Jelasnya, sebelum ini pelajar-pelajar terbabit cuma melakukan khidmat masyarakat dalam kawasan universiti sahaja. 

Namun apabila mendapat tahu berlaku perbuatan membuang sampah dan barang-barang tidak digunakan ke dalam sungai, ia menimbulkan minat kepada pelajar-pelajar untuk memberi khidmat pembersihan.

Katanya lagi, para pelajar terbabit mahu melihat sungai-sungai yang terdapat di kawasan kampung di Baling dibersihkan daripada sampah sarap dalam usaha menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar daerah ke tempat-tempat perkelahan di daerah ini
Di kawasan mukim Siong, Baling terdapat kawasan riadah dan berkelah tepi sungai seperti Bamboo Inn di Kampung Kuala Kedua serta kawasan perkelahan di Kampung Tok Wak, Kampung Ulu Legong, dan kawasan perkelahan tepi sungai di Kampung Weng Dalam. 
Menurut Hisyam lagi, semua tempat perkelahan ini menarik kerana terletak berdekatan dengan sungai yang cetek dan airnya yang jernih.


Menurut Hisyam, pelajar-pelajar itu melakukan aktiviti pembersihan dengan meredah sungai di kawasan yang tidak berbahaya untuk memungut sampah di beberapa kawasan sungai yang tidak dalam yang terdapat di kampung Kuala Kedua dan Kampung Ulu Legong di Baling.
Katanya lagi, aktiviti kemasyarakat ini akan diulangi lagi di kawasan perkelahan lain yang terdapat di daerah Baling.
Sementara itu, beberapa pelajar yang menyertai aktiviti itu ketika ditemui berkata mereka berpuas hati dapat merandok air sungai separas paha sejauh lebih 2 kilometer yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Seorang lagi pelajar terbabit, Hafiz Jamil, 23, berkata mereka mungkin akan ke perkampungan Orang Asli di daerah Gerik, Perak tidak lama lagi untuk mendekati budaya hidup masyarakat orang Asli di sana. - KitaReporters

16
11
0
17
0

Copy Link: