Keadaan belakang badan kanak-kanak tersebut yang mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.


MELIHAT lecuran di belakang badan kanak-kanak lelaki yang dipercayai didera oleh ibu kandung dan kawan serumahnya di Pasir Gudang,  Johor sangat mengejut, tergamak sungguh melakukan meskipun dengan alasan mahu mendidik tapi tidaklah sehingga ‘berlubang’ badan anak malang itu. 

Lebih mendatangkan kemarahan penduduk, apabila mendapati belakang badan kanak-kanak tersebut mengalami luka yang teruk dipercayai akibat didera.

Daripada kesan luka itu ada kemungkinan budak malang itu didera dengan kesan cucuhan api rokok atau seterika panas. 


Tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya dipercayai ibu kandungnya.

Kini kanak-kanak malang itu ditempat di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor untuk terima rawatan dan kemungkinan akan diserahkan kepada keluarga untuk penjagaan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan ceria .

Terdahulu, pihaknya telah mengumpul maklumat lanjut bagi memastikan waris berkenaan layak menjaga kanak-kanak berkenaan.

Malah, dalam lawatan ke HIS, kanak-kanak itu dilihat ceria ketika bersama bapa, bapa saudara dan datuknya.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu yang mempunyai seorang lagi kakak sebelum ini berada di bawah jagaan datuk dan neneknya di Kedah, dan baru setahun tinggal bersama suspek yang juga ibu kandungnya.


Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, kanak-kanak itu berada dalam stabil dan ceria dan masih menerima rawatan di HSI, Johor Bahru


Sementara itu bapanya mengakui telah terputus hubungan dengan anak lelaki sejak setahun berikutan dibawa lari oleh bekas isterinya sejak setahun lalu.

Bapa muda itu mengakui bersedia untuk menjaga anaknya dan akan dibawa pulang ke Kedah selepas rawatan di hospital selesai.

Malah, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil peluang menziarahi kanak-kanak malang itu.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau mengakui sebak melihat nasib yang diterima kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang didera oleh ibu kandungnya sendiri. Akuinya luluh hati melihat keadaan kanak-kanak yang tidak bersalah itu.

Dalam pada itu, Onn Hafiz mengucapkan terima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kes penderaan itu.

Beliau pada masa sama memberi jaminan akan mengenakan tindakan tegas kepada sesiapa yang berlaku zalim kepada kanak-kanak.


Onn Hafiz Ghazi mengambil peluang menziarahi kanak-kanak malang itu

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Beliau dilaporkan berkata, ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala suspek berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos ini.

Terbaharu, dilaporkan ibu kandung dan rakan serumah didakwa Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada hari ini (16 Ogos 2023) atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabai seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di pasir Gudang, Julai 2023 lalu. Kedua-dua wanita berkenaan mengaku tidak bersalah.

Kisah penderaan kanak-kanak itu terbongkar selepas jiran sering mendengar tangisan kanak-kanak itu dan memutuskan untuk bertindak dengan mengunjungi rumah itu dan meminta berjumpa dengan kanak-kanak itu.

Semoga kejadian sama tidak berulang lagi, inilah pentingnya komuniti setempat bersatu menjaga kesejahteraan dan keselamatan antara satu sama lain. - KitaReporters


 

 

 

 

15
12
0
11
0

Copy Link: