Terima kasih Aunty Lili, Uncle Khairy! Ibu bapa kepada pelajar Malaysia di University of Washington!
Published byLili Mokhtar dan suami, Khairy Hassan menetap di Seattle, Amerika Syarikat (AS). Keistimewaan pasangan ini ialah hubungan mereka yang rapat dengan para pelajar Malaysia terutama yang menuntut di University of Washington (UW)

Oleh SOPHA SULAIMAN
Lili Mokhtar dan suami, Khairy Hassan asalnya rakyat Malaysia, kini menetap di Seattle, Amerika Syarikat (AS).
Keistimewaan pasangan ini ialah hubungan mereka yang rapat dengan para pelajar Malaysia terutama yang menuntut di University of Washington (UW).
Sebut saja nama "Aunty Lili", boleh dikatakan semua pelajar dan bekas mahasiswa yang pernah belajar di Seattle kenal sangat dengan Lili dan Khairy.

Lili Mokhtar (empat dari kiri) dan suami, Khairy Hassan (empat dari kanan)) bergambar kenangan bersama semasa mengundang tetamu dari Malaysia di kediamannya di Seattle WA baru-baru ini.
Pasangan suami isteri yang berasal dari Selangor itu bermastautin di Seattle sejak 2016. Bagi pelajar Malaysia, makcik Lili begitu "ambil berat" terhadap mereka.
Setiap kali musim raya semua pelajar negara akan diundang ke rumahnya untuk beraya dan menikmati juadah tradisi Malaysia seperti rendang dan ketupat yang dimasak sendiri oleh Lili dan suami.
Bila ramai pelajar yang berkumpul Lili mahu pelajar untuk menghidupkan suasana "kampung" dan meminta bercakap Melayu.
Selain itu, Lili juga sering menjenguk kediaman pelajar dan tidak lupa membawa juadah yang dimasaknya.
Malah ada waktu Lili bersama pelajar beriadah di tempat menarik yang terdapat di sekitar Washington State.
Sewaktu konvokesyen UW baru-baru ini, pasangan itu juga mengundang keluarga pelajar yang datang dari Malaysia untuk makan-makan di rumahnya.
Satu hal menarik, bila pulang ke Malaysia, bekas pelajar pula berebut-rebut untuk meraikannya, cerita Lili kepada penulis baru-baru ini.
Namun Lili tidak dapat menyembunyikan kesedihannya bila pelajar yang dianggapnya seperti "anak sendiri" tamat penganjian dan pulang ke tanah air.

Kini tidak ramai lagi pelajar Malaysia di Seattle. Yang tinggal ialah seorang dua bekas pelajar dan rakyat Malaysia yang memilih untuk tinggal dan bekerja di AS.
Pelajar terakhir tajaan MARA tidak lagi dihantar untuk menyambung pengajian di AS beikutan kos yang tinggi.
Bagi bekas pelajar UW, mereka akan mengenang budi baik dan sentiasa merindui Aunty Lili dan Uncle Khairy. - KitaReporters
