iBita atau bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi ialah bantuan kewangan sekali bayar (one-off) dari RM300 sehingga RM1,200 bergantung kepada tempat pengajian. iBita ini diperkenal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 



Bantuan iBita Pulau Pinang dah buka. Mohon jangan tak mohon.

Ayuh! Semua pelajar dan waris di Pulau Pinang. Jangan lepaskan peluang ini. Cepat rebut sumbangan dan bantuan yang disediakan sehingga sebanyak RM1,200 mulai 1 Julai 2026.

iBita atau Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi ialah bantuan kewangan sekali bayar (one-off) yang diperkenal oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk membantu meringankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi menampung kos pendaftaran pengajian pada peringkat diploma atau Ijazah Sarjana muda.


Bantuan iBita Pulau Pinang sudah sampai. Yang nak masuk dan dah masuk IPTA/IPTS/kolej terpilih jangan tak minta. Peruntukan dah ada.

Bantuan iBita 2026 ini disediakan bagi mereka yang diterima masuk ke Politeknik terpilih dengan sumbangan berbentuk 'one-off' sebanyak RM300.

Manakala bagi pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/ IPTS) terpilih di Semenanjung Malaysia akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000.

Sementara itu bagi pelajar yang diterima masuk ke universiti di Sabah dan Sarawak pula akan menerima sumbangan sebanyak RM1,200.

Mereka yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 adalah layak untuk memohon bantuan yang disediakan.

Pemohon merupakan anak kelahiran Pulau Pinang atau pun pelajar yang menduduki SPM atau STPM di Pulau Pinang.


Jumlah sumbangan dari RM300 sampai RM1200. Ayuh mohon segera sebelum tarikh tutup.

Selain itu bantuan hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan sudah boleh dibuat mulai 1 Julai sehingga 30 Septembèr 2026 secara dalam talian melalui kod QR atau laman web 

yang tertera pada poster. - KitaReporters

19
12
0
10
0

Copy Link: