Peluang jana pendapatan! MySiswa Job on Campus! Peluang sokong pelancongan maritim! CSR bersih pantai!
Published byTindakan segera kerajaan Madani menyalurkan peruntukan sebanyak RM20 juta melibatkan pelajar dari 20 buah universiti awam amat dipuji dan dihargai.

10,000 mahasiswa berpeluang jana pendapatan melalui MySiswa@Joc.
Melalui Program MySiswa@Joc (Job on Campus) peluang terbuka bagi bekerja secara sambilan berstruktur di dalam kampus.
Inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah untuk membantu para mahasiswa mendapat punca kewangan serta menimba pengalaman kerja.
Kadar bayaran adalah berdasarkan kerja yang dilakukan, dengan kadar yang ditetapkan atau bayaran mengikut jam.
Insentif sedemikian memberi ruang kepada 10,000 mahasiwa untuk menjana pendapatan melalui mysiswa@JoC.

Program kerja sambilan berstruktur dalam kampus ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk memperolehi pendapatan sampingan tanpa menjejaskan prestasi akademik mereka.
Malah melalui peruntukan sebegini yang merangkumi pelbagai universiti awam diyakini memberi impak yang positif kepada mahasiswa terbabit.
Prioriti kepada mahasiswa daripada golongan B40, M40, rentan serta OKU merupakan langkah positif yang harus didokong dan disokong tanpa prejudis.

Selain membantu meringankan kos sara hidup mahasiswa, ia turut memperkasakan kemahiran insaniah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Ia juga adalah selaras dengan aspirasi untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.


Sementara itu, program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersihkan pantai Pulau Undan, Melaka pada 3 Julai 2026 bertujuan mengajar dan mendidik pelajar serta peserta untuk mengurangkan pencemaran dan menyokong pembangunan pelancongan maritim.
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut serta Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) telah berjaya menganjurkan program CSR membersihkan pantai Pulau Undan.

Melalui program terbabit, para peserta berganding bahu membersihkan kawasan pantai daripada sampah-sarap agar ia dapat mengurangkan pencemaran.
Selain itu para peserta juga turut berpeluang melawat serta menaiki Rumah Api Pulau Undan, sekali gus memperolehi pendedahan mengenai peranan penting Rumah Api dalam memastikan keselamatan pelayaran di perairan Selat Melaka.

Program sebegini bukan sahaja menyemai semangat kesukarelawan dan cintakan alam sekitar semata-mata.
Malah lebih menarik lagi para peserta didedahkan dengan kepentingan memelihara biodiversiti marin serta peluang untuk menghargai warisan maritim negara.
Ia juga mendedahkan peranan agensi kerajaan dalam menjaga keselamatan dan kelestarian perairan negara.

Koloborasi sebegini seharusnya diperkukuhkan demi memelihara khazanah maritim negara serta melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. - KitaReporters
