Program alumni pulang ke Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) bukan sekadar mengimbau kenangan, sebaliknya menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk terus melakar kejayaan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Mohd Asyraf Md Sum (tengah) meneliti hasil kerja alumni, Muhammad Akmal Mohd Affandi (kiri), bersama pensyarah semasa sesi perkongsian kemahiran di KKKL.
Muhammad Akmal Mohd Affandi sedang menghasilkan reka bentuk digital.

Pengarah KKKL, Mohd Asyraf Md Sum berkata, penglibatan alumni dalam kursus keusahawanan dan latihan kemahiran membuktikan ilmu yang diperoleh di kolej mampu membuka peluang kerjaya serta melahirkan usahawan berjaya.

Menurutnya, selain itu, KKKL sentiasa bersedia menjalinkan kolaborasi strategik bersama institusi pendidikan, agensi kerajaan, badan korporat, NGO dan pemain industri bagi memperkukuh ekosistem TVET serta melahirkan lebih ramai tenaga mahir.

Mohd Asyraf Md Sum (tengah) meninjau sesi latihan amali bersama alumni dan pelajar dalam program kemahiran berasaskan TVET di KKKL. – Foto KKKL.


Sementara itu, alumni KKKL, Muhammad Akmal Mohd Affandi berkata, beliau terpanggil untuk kembali berkongsi pengalaman sebagai tanda penghargaan kepada institusi yang menjadi titik permulaan kejayaannya.
"KKKL membentuk keyakinan diri dan semangat keusahawanan saya. Kini saya mahu berkongsi pengalaman agar lebih ramai pelajar berani mengejar impian mereka," katanya.

Muhammad Akmal Mohd Affandi (kiri) menerangkan hasil ukiran laser pada produk kayu yang dihasilkannya.
Program alumni pulang membuktikan hubungan erat antara graduan dan KKKL terus kekal kukuh, sekali gus menyemarakkan budaya perkongsian ilmu, inovasi dan keusahawanan demi manfaat generasi akan datang. - KitaReporters

7
10
0
10
0

Copy Link: