Alhamdulillah dan syabas kerana negara sudah pun mempunyai saintis nombor satu dalam bidang kimia.


Ahmad Fuzi Abdul Razak (dua dari kiri) menyampaikan pengiktirafan MBOR kepada Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (dua dari kanan).

Pengiktirafan, yang dianugerahkan berdasarkan pencapaian penyelidikan, sumbangan akademik serta impak sitasi yang cemerlang, menobatkan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM)

Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed sebagai pemiliknya.

Malah lebih menonjol lagi apabila beliau turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori 'Highest Ranked Scientist in the Field of Chemistry' (Saintis Kedudukan Tertinggi dalam Bidang Kimia) pada 12 Jun 2026.

Sebelum ini, beliau telah pun mendapat pengiktirafan yang sama berdasarkan penarafan terkini yang dikeluarkan oleh Research.com.

Pencapaian cemerlang beliau yang turut menerima pengiktirafan 'Clarivate Highly Cited Researcher' mengharumkan nama Malaysia apabila ia diletakkan dalam kelompok satu peratus penyelidik paling berpengaruh di dunia.


Ir Dr. Abdul Rahman bersama pengiktirafan MBOR yang menobatkan beliau sebagai 'Saintis Malaysia Kedudukan Tertinggi dalam bidang Kimia'.

Sumbangan beliau dalam bidang kejuruteraan kimia, nanoteknologi, kawalan pencemaran udara dan katalisis membuktikan kecemerlangannya bukan sahaja pada peringkat nasional tetapi juga internasional.

Dengan kredibiliti yang diperlihat membuktikan Malaysia sememangnya mempunyai keupayaan yang setanding di persada antarabangsa dan dunia.

Malaysia berupaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi setaraf dengan negara lain yang ada di dunia.

Majlis yang berprestij ini telah diraikan oleh Penasihat MBOR, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang juga mantan yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, dan Pegawai Eksekutif MBOR, Christopher Wong. - KitaReporters


Ahmad Fauzi diapit oleh Dr Abdul Rahman (kiri) dan Christopher Wong (kanan)

7
4
0
6
0

Copy Link: